berita

Masuk Hospital Akibat Cirit-Birit, Keadaan Kesihatan Ebby Yus Semakin Stabil

December 28th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Rumah impian pelawak terkenal, Ebby Yus yang dibina hasil daripada titik peluh bergelar sebagai anak seni musnah sekelip mata apabila dihanyutkan air deras di Kuala Langat, Selangor akibat bencana banjir. Namun, di sebalik ujian tersebut pelawak ini akur dan menerima ketentuan tersebut walaupun rumah itu berbaki 10% untuk siap.

Artikel Berkaitan: Boleh Ketawa & Tersenyum Ketika Hadir Di Meletop, Ebby Yus Terima Ketentuan Allah – ‘Lagi 10% Rumah Tu Nak Siap’

Artikel berkaitan: [VIDEO] Hasil Titik Peluh 30 Tahun Jadi Artis, Rumah Impian Ebby Yus Dihanyut Air

Sekali lagi diuji

Terbaru menerusi laporan Berita Harian, Ebby Yus dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak empat hari yang lalu selepas mengalami cirit-birit ketika mendapatkan rawatan. Kini, keadaannya telah dilaporkan stabil selepas mendapatkan rawatan.

Keadaan Ebby tidak membimbangkan. Ebby sangat okay, tiada apa yang perlu dirisaukan. Insya-Allah, Ebby dijangka dibenarkan pulang esok sekiranya tiada sebarang masalah.

Difahamkan, pelawak ini telah menjalani ujian imbasan X-Ray semalam petang, bagi memeriksa keadaan paru-parunya.

Sumber: Berita Harian

SKIP THIS AD ×