Semalam, ibu kepada penyanyi Aiman Tino iaitu Hazelina Mat Jalil memberitahu anaknya ditahan di sebuah pusat perubatan swasta dekat Setapak selepas mengalami kesukaran untuk bernafas.
Gejala batuk berpanjangan
Menurut Hazelina, Aiman dimasukkan ke hospital pada hari Sabtu selepas mengalami gejala batuk berpanjangan.
Kami bawa Aiman buat pemeriksaan dan doktor minta masuk ke wad untuk pemeriksaan lanjut. Pemantauan juga akan dilakukan bagi memastikan sama ada terdapat jangkitan kuman pada paru-paru. Saya juga nasihatkan dia kurangkan atau berhenti terus dari menghisap vape kerana bimbang akan mengganggu kesihatannya. Alhamdulillah Aiman dalam keadaan stabil dan perlu berehat serta memakai oksigen bagi stabilkan pernafasan.
Sebagai ibu, Hazelina meluahkan rasa risau setiap kali anaknya itu jatuh sakit. Terbaru, Hazelina berkata dia sudah melawat Aiman di hospital. Keadaan Aiman semakin baik.
Sumber: Hazelina