berita

Mata Iqbal Mazlan Belum Pulih, Perlu Kos RM800 Sebulan – ‘Saya Masih Tidak Dapat Melihat ..’

April 5th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Pelakon yang juga merupakan juara rancangan realiti Pilih Kasih, Iqbal Mazlan mendedahkan bahawa masalah penglihatan yang dihadapinya masih lagi belum pulih seperti biasa.

Artikel Berkaitan: Masih Dalam Rawatan Ubat Anti Virus, Iqbal Mazlan Menangis Dapat Lihat Pergerakan Tangan Tunang

Saluran darah mata sudah kecut

Memetik laporan Harian Metro, Iqbal menyatakan dia masih lagi bergantung kepada ubat bagi melawan virus tersebut meskipun dirinya sudah dibenarkan pulang ke rumah selepas mendapatkan rawatan.

Saya masih tidak dapat melihat apa-apa, semuanya gelap-gelita, walaupun doktor memaklumkan saraf saya sedang pulih tetapi saluran darah mata sudah terlalu kecut sampai kelabu.

Jika diikutkan saya sudah boleh melihat tetapi sistem mata belum pulih lagi. Jadi, saya masih bergantung dengan ubat melawan virus dan steroid sebanyak 12 biji sehari.

Kos perubatan cecah RM800 sebulan

Dalam pada itu, aktor yang berusia 33 tahun itu turut mendedahkan bahawa agak sukar untuknya menjalani kehidupan seharian dek kerana kos rawatan bulanan yang terlalu tinggi.

Doktor ada sebut selepas ini kos ubat kira-kira RM700 hingga RM800 setiap bulan. Mana saya hendak mencari duit, saya memang memerlukan bantuan. Mana nak bayar rumah, kereta, apatah lagi kita bakal menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.

Hidup saya ketika ini masih lagi bergantung kepada bantuan orang ramai menerusi wakaf. Cuma kebanyakkan masa saya di rumah kerana pergerakan terhad. Saya berlapang dada sekiranya ada pihak yang ingin membantu.

Hidup saya ketika ini masih lagi bergantung kepada bantuan orang ramai menerusi wakaf. Cuma kebanyakkan masa saya di rumah kerana pergerakan terhad. Saya berlapang dada sekiranya ada pihak yang ingin membantu.

Terdahulu, Iqbal mendapatkan rawatan di Hospital Putrajaya sebelum dirujuk ke Hospital Shah Alam dan dimasukkan ke dalam wad di situ selepas mengalami masalah kabur pada sebelah mata sebelum kedua-dua belah matanya tidak lagi boleh melihat pada 4 Mac yang lalu.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×