berita

Mata Mula Berkelip-Kelip, Wanita Koma Dibelasah Suami Kini Sudah Separuh Sedar

July 14th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Nasib malang menimpa seorang wanita apabila dia dipercayai dipukul oleh suaminya sehingga koma pada 4 Mei lalu. Lebih pilu lagi apabila wanita berkenaan sebenarnya sedang hamil dan kini kandungannya sudah memasuki minggu ke-18.

Artikel berkaitan : ‘Aku Doakan Hidup Kau Tak Tenang’ – Adik Wanita Koma Dipukul Suami Harap Hukuman Setimpal Dikenakan

Artikel berkaitan : Lelaki Pukul Isteri Sampai Koma Mengaku Tak Bersalah, Sebenarnya Ada 4 Isteri!

Artikel berkaitan : Wanita Hamil Masuk ICU Teruk Dipukul Suami, Retak Tulang Belakang, Suami Lesap Lepas Ambil Cincin Emas

Terbaharu, Jahidah Nordin dikatakan sudah menunjukkan tanda positif apabila bola matanya sudah bergerak dan jari tangannya boleh menggenggam objek.

Berada dalam keadaan separuh sedar

Foto kredit : Fazariah Nordin

Menurut adiknya, Fazariah Nordin, kakaknya masih tidak boleh mengeluarkan suara atau berkomunikasi dengan orang lain lagi. Jahidah telah dijaga dengan rapi di rumahnya di Bandar Seri Sendayan, Negeri Sembilan.

Kakak masih di tahap separuh sedar di mana kedua-dua matanya yang terbuka mula berkelip-kelip berbanding sebelum ini ia hanya statik.

Jelasnya lagi, walaupun kakaknya itu tidak banyak perubahan dari segi kesihatan tetapi terdapat pergerakan pada jari di kedua-dua tangannya dan dia telah memberikan bola kertas sebagai objek untuk kakaknya menggenggam.

Anggota badan yang lain tidak menunjukkan perubahan.

Lebih menyedihkan lagi apabila Jahidah terpaksa bergantung kepada makanan jenis bubur serta susu khas yang hanya boleh diberikan dengan menggunakan saluran tiub sahaja.

Sentiasa berdoa agar kakak pulih

Foto kredit : Fazariah Nordin

Kini, doktor serta kakitangan Pusat Kesihatan Daerah sentiasa datang ke rumahnya untuk merawat bagi memastikan tahap kesihatan semakin baik termasuk kandungan kakaknya itu.

Kami sekeluarga akan terus mendoakannya agar kesihatan dia pulih sepenuhnya dan dapat meneruskan kehidupan seperti sebelum ini.

Sumber : Harian Metro

SKIP THIS AD ×