berita

Mata Perih & Tak Selesa Gunakan Kanta Sentuh? Protein & Habuk Terkumpul Mungkin Puncanya!

December 1st, 2023 | by Intan Mahsuri
Kini Trending

Kanta Sentuh

Korang selalu rasa perih dan tak selesa ketika menggunakan kanta sentuh?

Antara punca utama masalah ini adalah protein dan habuk terkumpul yang ada pada kanta sentuh tidak dibersihkan dengan betul.

Selain itu, solekan mata juga boleh menyumbang kepada masalah ini kerana terdapat potensi yang tinggi solekan mata tadi masuk atau jatuh pada permukaan kanta sentuh.

Bagaimana protein dan habuk terhasil pada permukaan kanta sentuh?

 Kanta Sentuh

Ramai yang tidak tahu bahawa semasa menggunakan kanta sentuh, kanta sentuh sentiasa dimendapi oleh protein serta lipid daripada air mata selain kotoran lain yang ada pada udara seperti nikotin dan habuk¹.

Jika tidak dibilas dan dicuci dengan betul, lama-kelamaan mendapan ini akan membentuk satu lapisan pada permukaan kanta sentuh¹.

Permukaan yang tidak rata ini boleh menyebabkan geseran terjadi dan akhirnya membawa kepada masalah iritasi dan jangkitan kuman pada mata berlaku¹.

Jaga kebersihan kanta sentuh dengan betul!

 Kanta Sentuh

Walau bagaimanapun, pengumpulan protein dan kotoran pada permukaan kanta sentuh boleh dielakkan.

Apa yang perlu korang buat ialah gantikan air rendaman kanta sentuh dengan kerap. Kanta sentuh juga perlu dibilas dan dibersihkan permukaannya sebelum dan selepas penggunaanya.

Lebih baik lagi jika, bekas kanta sentuh ditukar setiap sebulan sekali bagi mengelakkan pembiakan kuman pada bekas kanta sentuh.

Gunakan multi-purpose solution yang berkualiti dan ada kelulusan!

 Kanta Sentuh

Bagi menjaga jangka hayat penggunaan kanta sentuh, pilih multi-purpose solution yang berkualiti dan diperakui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia seperti Rohto Cool Multi-Purpose Solution.

Memiliki kemampuan nyahkuman yang tinggi, berikut adalah kelebihan lain Rohto Cool Multi-Purpose Solution yang perlu korang tahu.

1. Memiliki sifat anti-bakteria yang tinggi: Membersihkan protein/habuk dengan betul dengan bahan pembersih seperti Polaxamer hanya dengan menggosok.

2. Memberikan kelembapan yang berpanjangan: Mengandungi bahan pelembap untuk memastikan kanta sentuh terhidrat sepanjang hari. Air yang digunakan memiliki tahap PH yang sama seperti air mata.

3. Sensasi penyejukan: Memberikan sensasi atau rasa sejuk agar mata kekal segar sepanjang penggunaan kanta sentuh.

Lebih menarik lagi, Rohto Cool Multi-Purpose Solution menyediakan bekas kanta sentuh dengan klip satu sentuhan secara percuma untuk pengguna mereka.

Bekas kanta sentuh ini telah direka khusus bagi memudahkan proses pembuangan air rendaman kanta sentuh sebelumnya.

Ini bagi memastikan kebersihan bekas kanta sentuh dan kanta sentuh dapat dijaga dengan dengan baik.

 Kanta Sentuh

Cubalah Rohto Cool Multi-Purpose Solution! Min yakin korang pasti tidak akan kecewa dan ianya akan merubah rutin penggunaan dan penjagaan kanta sentuh korang.

Sensasi berangin dan sejuk yang diberikan oleh Rohto Cool Multi-Purpose Solution memang lain dengan multi-purpose solution lain yang ada di pasaran. Tak rugi korang cuba!

Dapatkan Rohto Cool Multi-Purpose Solution sekarang!

Follow Facebook Rohto Malaysia dan Instagram @rohtoeyedropsmy untuk maklumat lanjut dan hebahan terkini berkaitan produk dan promosi yang dijalankan.

Rujukan:

1. NORHANI MOHIDIN & BAKYAH LORENZA ZAIMURI (2012)Survei Penjagaan Kanta Sentuh di Kalangan Pemakai di Kuala Lumpur, retrieved from 2 November 2023 from http://journalarticle.ukm.my/5617/1/JSKM%20bab%207.pdf

 

SKIP THIS AD ×