berita

Mati Hidup Balik? Filem PET SEMATARY Tulisan Stephen King Ni, Konfirm Buat Korang Kecut Perut!

March 26th, 2019 | by Epul
Filem Antarabangsa

Bagi peminat novel seram thriller, nama Stephen King bukanlah satu nama yang asing dalam dunia novel. Tulisannya sering kali membuatkan pembaca terbuai-buai dalam imaginasi dan perasaan. Sampai kadang-kala terbayang watak yang dibaca. Betul tak?

Korang senaraikan novel seram thriller yang ditulisnya, mana je yang tak popular? Kebanyakkan novelnya diangkat menjadi filem kerana jalan ceritanya yang unik dan menarik. Antara tulisannya yang terkenal ialah seperti IT, Carrie, The Shining, Misery dan yang terbaru bakal menerjah pawagam ialah PET SEMATARY.

Filem PET SEMATARY sebelum ini pernah diterbitkan pada 1989 dan telah pun dibikin semula dan bakal menemui korang pada April nanti. Haa.. Sebelum korang nak pi tengok cerita PET SEMATARY, ni ada beberapa benda seram pasal cerita ni yang korang kena tau..

1. Perkuburan binatang belakang rumah? Scary weyh!

Kalau satu je kubur haiwan mungkin tak takut sangat. Tapi korang bayangkan bila dah banyak sangat haiwan peliharaan mati sampai wujudnya tanah perkuburan untuk haiwan-haiwan ni. Seram, lagi-lagi kalau pergi sorang.

Dalam PET SEMATARY, Louis dengan famili dia telah pindah ke rumah baru bila dia tukar tempat kerja. Berdekatan rumah dia, terdapat sebuah hutan yang scary sebab ada tanah perkuburan haiwan siap ada tanda ‘PET SEMATARY’ lagi. Ada satu dialog dalam filem ni yang terngiang-ngiang iaitu “those woods belongs to something else, something that brings things back “. Hmm.. Apa pula yang datang balik ni?

2. Church, kucing peliharaan keluarga yang hidup semula

Korang mesti sedih bila haiwan peliharaan korang mati kan? Tapi kalau haiwan tu hidup semula dan kondisi dia tak macam dulu korang sanggup tak nak bela lagi?

Daripada trailer yang dikongsikan, kucing peliharaan Ellie, Church mati dan kucing ni telah ditanam di “PET SEMATARY” belakang rumah mereka. Tapi yang takutnya kucing ni tiba-tiba hidup balik dan kembali ke rumah Louis dalam kondisi yang pelik. Adakah Church yang kembali atau jasadnya saja?

3. Hidupkan semula anak yang mati..

Sebab sayangkan sangat anak perempuannya, Louis telah buat satu ritual larangan untuk hidupkan Ellie yang mati dilanggar lori treler. Apa yang Louis tak tau, dia bukan je dah bawa balik anaknya tapi benda-benda yang tak sepatutnya. Apa tu?!

Lepas Ellie hidup, satu demi satu benda menakutkan berlaku. Ellie cuba bunuh mak dia sendiri dan paling scary perangai dia dah menyerupai haiwan. Takutnya..

4. ‘Sometimes dead is better’

Bila dah banyak sangat benda yang terjadi kepada dia dan keluarganya, Louis baru sedar kesilapan yang dia buat. Bukan Ellie yang dia bawa balik dan benda tu hanya buatkan dia menyesal seumur hidup. Stephen King pon ada tulis dalam novel dia, sometimes dead is better yang menunjukkan kematian tu lebih baik kalau tak mengganggu mereka yang hidup untuk teruskan hidup.

Haa.. Kalau korang nak tau apa yang kembali ni, korang kenalah tengok PET SEMATARY di pawagam berhampiran. Pengkritik filem, Rotten Tomatoes pon bagi skor 90% tau untuk filem ni. Confirm seram!

Jom serbu pawagan berdekatan korang & tonton sendiri PET SEMATARY!

Peminat setia novel Stephen King atau filem seram thriller, tak perlu tunggu lama-lama sebab filem PET SEMATARY akan menemui korang di pawagam pada 4 April 2019 nanti. Rasai sendiri debaran, kejutan dan kesedihan Louis Creed dan keluarganya dalam PET SEMATARY.

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×