berita

Pengorbanannya Amat Mulia, Termasuk Dalam Syahid – Mufti Wilayah Persekutuan

February 11th, 2019 | by Ai
Kini Trending

mati syahid

Pengorbanan seorang pemuda, Abdul Bari Asyraf Mohd yang terkorban ketika menyelamatkan lima sekeluarga daripada lemas di muara Sungai Terengganu, Kuala Terengganu kelmarin merupakan tindakan yang patut diingati dan dihargai oleh semua lapisan masyarakat.

Artikel berkaitan: ‘Ini Janji Allah’ – Kronologi Arwah Abdul Bari Lemas Ketika Menyelamat Lima Sekeluarga

Tindakan Allahyarham patut dicontohi kerana masih ada golongan anak muda yang mempunyai jiwa yang besar lagi-lagi sifat suka membantu sesama manusia. Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulkifli Mohanad al-Bakri, kematian Abdul Bari dikategorikan sebagai syahid.

Tindakan yang amat mulia

mati syahid

Melalui kenyataan Dr Zulkifli di laman Facebooknya, pengorbanan Abdul Bari menyelamatkan kesemua mangsa insiden ini adalah satu tindakan yang amat mulia dan dipandang tinggi dalam Islam.

Kami mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham atas pemergiannya dalam insiden berkenaan. Sesungguhnya, pengorbanan Allahyarham untuk menyelamatkan kesemua mangsa insiden berkenaan adalah amat mulia dan dengan izin-Nya, termasuk dalam kategori syahid, insyaAllah.

5 kategori orang mati syahid

mati syahid

Beliau juga menggariskan 5 kategori mati syahid;

Ini berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW: “Orang yang mati syahid ada lima kategori iaitu mati kerana wabak taun, mati kerana sakit berkaitan perut, mati lemas, mati dihempap runtuhan dan mati syahid ketika berperang di jalan Allah.

Perwira yang patut dicontohi

Tambah Dr Zulkifli lagi, tindakan anak muda seperti Abdul Bari dan penyelamat-penyelamat yang lain patut dicontohi. Beliau juga mencadangkan agar mereka diberikan satu penganugerahan setimpal dengan keberaniannya.

Almarhum adalah anak muda yang wajar dijadikan contoh dengan akhlaknya yang terpuji. Kami mencadangkan agar keluarga beliau, juga penyelamat-penyelamat lain diberi anugerah yang setimpal dengan keberanian dan akhlak mereka yang disanjung tinggi.

Alhamdulillah di sebalik musibah ini, Allah menyedarkan kepada kita bahawa Malaysia masih mempunyai ramai anak-anak muda yang berjiwa besar. Kita mendoakan semoga lebih ramai yang akan mencontohi almarhum.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para syuhada.

Sumber: Facebook Mufti Wilayah Persekutuan

SKIP THIS AD ×