berita

Maut Jatuh Tingkat 3, Polis Siasat Dakwaan Anggota Tentera Kemungkinan Dibuli

September 7th, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilaporkan meninggal dunia dipercayai jatuh daripada tingkat tiga bangunan kem. Memetik laporan Harian Metro, Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Muhammad Izzudin Rungai memaklumkan mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI).

Bedah siasat punca kematian

Pada 6 September, polis dimaklumkan bahawa mangsa meninggal dunia di Wad ICU hospital berkenaan pada 2.30 petang.

Urusan bedah siasat akan dijalankan hari ini bagi mengenal pasti punca kematian mangsa.

Siasatan juga bagi mendapatkan kesahihan dakwaan anggota keluarga yang memaklumkan mangsa berkemungkinan dibuli dan didera ketika di dalam kem sebelum kejadian.

Tambah beliau lagi, siasatan lanjut akan dijalankan bagi mendapatkan kesahihan berkenaan dakwaan seorang pengguna Facebook bahawa mangsa berkemungkinan dibuli ketika berada di kem.

Pengguna Facebook berkenaan mendakwa mangsa diarah lapor diri setelah tidak hadir di kem selama enam bulan. Dakwanya lagi, mangsa dihantar oleh keluarganya ke kem pada 28 Ogos sebelum menerima laporan mangsa dimasukkan ke hospital pada 29 Ogos.

Sebagai seorang sahabat dan keluarga, individu ini berharap pihak berkuasa dapat menyiasat kes ini dengan seadilnya tanpa sebarang kompromi dengan mana-mana pihak.

Sumber : Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×