berita

Mawar Rashid Bangga Suami Sanggup ‘Keluar’ 3 Hari Tambah Ilmu Agama – ‘Terima Kasih Ustaz Ebit Lew Kerana Menjemput’

August 28th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Pelakon Mawar Rashid mengakui berasa sebak apabila suami tercinta, Raf Yaakob sanggup keluar selama tiga hari demi menuntut ilmu agama.

Artikel Berkaitan: Mawar Rashid Maafkan Wanita Yang Cemburu Dengannya Sebab Suami Dia Kerap Puji

Rasa sebak dan bersyukur

Bagaimanapun, Mawar, 26, meluahkan rasa syukur kerana suaminya antara insan yang terpilih untuk mengikuti sesi keagamaan.

Pemilik nama Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid turut mengucapkan terima kasih kepada pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew kerana menjemput suaminya untuk turut sama sertai.

Bagusnya abang, saya sangat bangga dengan abang. Hari ini rasa sebak, bersyukur serta terharu hubby Mawar keluar tiga hari menuntut ilmu agama Islam.

Terima kasih ustaz Ebit Lew kerana menjemput suami Mawar ke tempat menuntut ilmu.

Nak bimbing keluarga ke jalan Allah

Dalam pada itu, pelakon drama TQ Captain mendedahkan adik kepada cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob pernah menyatakan tujuan dia pergi menuntut adalah untuk membimbing keluarga ke jalan Allah.

Ingat lagi abang cakap, ‘apa sahaja untuk menambah baikkan keluarga abang serta untuk pahala dunia akhirat, abang akan pergi Anje. Abang nak bimbing keluarga ke jalan Allah’.

Syukur Alhamdulillah Ya Allah, kerana suami Mawar antara yang terpilih untuk lebih mendekatiMu dan Rasulullah.

Terdahulu, Mawar mendirikan rumah tangga dengan Raf pada 9 November 2017. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Raden Muhammad Rafael dan Raden Seri Rosabella Cinta serta memiliki dua lagi anak tiri.

 

Sumber: Instagram @mawarashid

SKIP THIS AD ×