berita

Mawar Rashid Sebak Suami Beli Rumah Idaman Sempena Ulang Tahun Ke-4 Perkahwinan – ‘TQ Buat Surprise Kat Anje’

November 10th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pelakon, Mawar Rashid tersentuh hati apabila suaminya Raf Yaakob melakukan kejutan sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang keempat, semalam.

Menurut Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, dia bersyukur akhirnya dapat memiliki sebuah rumah baharu selepas bekerja keras dalam industri hiburan dan perniagaan selama ini. Ujar Mawar, rumah tersebut merupakan rumah idamannya.

Sangat bermakna

Happy 4th anniversary abang. Thank you buat surprise kat Anje. Tak pernah terfikir abang akan buat surprise macam ni. Sangat meaningful. Ada hikmah rumah yang dulu bukan rezeki kita, Anje lagi happy dapat beli rumah yang ni sebenarnya sebab rumah ni hasil titik peluh kita berdua. Kita saja faham betapa strugglenya kita, kerja siang malam, ups & down kita, struggle nak bahagikan masa lagi, struggle benda lain lagi. Tapi Syukur Alhamdulillah impian kita dah tercapai nak rumah idaman kita.

Pelakon berusia 26 tahun itu memuat naik satu video kejutan di laman Instagramnya yang memaparkan dia dibawa oleh suaminya ke rumah tiga tingkat berkenaan sebelum dihadiahkan sejambak bunga. Lebih tersentuh, Mawar teringat momen Raf melutut sambil menghulurkan sebentuk cincin kepadanya ketika hari melamar pada tahun 2017.

Perasaan tak macam dulu

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid)

Anje appreciate sangat effort abang. Thank you abang buat Anje happy sangat. Kenangan yang Anje tak akan lupa. Abang ni romantik betul dari dulu sampai sekarang tak berubah. Anje macam biasa la. Akan speechless sebab terkejut plus happy. Dulu tu masa propose memang la sweet tapi Anje macam tak ada perasaan sangat, dia macam blur sebab baru kenal abang beberapa bulan kan. Tapi surprise yang ni perasaan Anje tak macam dulu, sekarang ni dia macam feeling lebih sikit, cepat tersentuh sebab dah makin kenal abang, dah makin sayang abang. Kita pun dah go through macam-macam together.

Ujar Mawar, kejutan yang dilakukan oleh suaminya itu tidak akan boleh dilupakan sampai bila-bila. Tambahnya, dia berasa sangat tersentuh selepas melihat hasil usaha dan kerja keras suaminya selama ini.

I just want you to know that I Love you so much and I wanna grow old with you. Thank you sebab sentiasa nak jadi suami, ayah dan insan yang terbaik to all of us.

Sumber: Mawar Rashid

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×