
Suami kepada pelakon Indonesia, Luna Maya iaitu Maxime Bouttier memaklumkan isteri tercintanya masih belum mengeluarkan kentut di hadapannya selepas sudah dua bulan mendirikan rumah tangga.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Jarak Usia 10 Tahun Bukan Penghalang, Luna Maya & Maxime Bouttier Kini Sah Suami Isteri
Luna wanita sempurna

Bukan itu sahaja, Maxime turut menyifatkan Luna sebagai seorang wanita yang begitu sempurna di matanya.
Tak pernah lagi, dia (Luna) adalah insan sempurna yang tak pernah kentut.
Maxime berkongsi perkara tersebut menerusi sesi soal jawab di Instagram Story (IGs) milik Luna.
Apa yang menghiburkan ialah, pelakon drama ‘Bawang Merah Bawang Putih’ itu berjaya ‘menipu’ netizen dengan ekspresi wajah yang begitu serius ketika menjawab soalan.
Masakan tidak, memetik laporan portal KapanLagi, Luna sebelum ini pernah mendedahkan secara umum bahawa dirinya pernah mengeluarkan kentut di hapadan Maxime sewaktu mereka bercinta dahulu.
Sekadar info, Luna dan Maxime selamat mendirikan rumah tangga pada 9 Mei lalu dalam satu majlis meriah yang diadakan di Bali.
Sumber: KapanLagi








