

Pelakon jelita, Maya Karin pernah berkongsi hasrat untuk melakonkan watak legenda Mahsuri di media sosialnya baru-baru ini. Menurut Maya, dia mahu berlakon di bawah arahan pengarah terkenal, Syamsul Yusof. Wow mesti gempak!
Hasrat dapat perhatian

Di Instagram, hasrat Maya ternyata berjaya mendapat perhatian pengarah berusia 38 tahun itu. Menerusi kapsyen, Syamsul seolah-olah bercadang untuk menterjemah watak ikonik berkenaan ke layar perak. Tambah Syamsul, idea yang diusulkan oleh Maya sangat bagus dan boleh direalisasikan pada masa akan datang.

Walau bagaimanapun, Syamsul belum berkongsi secara terperinci berhubung karya tersebut yang sudah tentu akan menjadi satu fenomena lagi dalam industri filem.
Mimpi jadi kenyataan

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen menyambut baik perancangan Syamsul kerana semakin banyak naskah dongeng dan elemen sejarah negara yang dapat dibanggakan. Malah, ramai bersetuju bahawa Maya merupakan pelakon yang sesuai untuk menjayakan watak Mahsuri berdasarkan personaliti dan pengalaman berlakon sebelum ini.

Sumber: Maya Karin







![[VIDEO] Budak 46 Beri Hadiah Istimewa Untuk Adik, Undang Sebak Netizen – ‘Betapa Ikhlasnya Dia’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/budak46.jpg)
![[VIDEO] Isu Hantaran RM1 Juta, Abiejam Terguris Hati Dengan Kenyataan Wak Doyok – ‘Saya Tak Pernah Minta Simpati’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/New-Latest-Default-Image-2026-08-17T171937.713.png)