berita

Maya Karin Tampil Dengan Lagu Raya, Pulang!

July 30th, 2013 | by Ai
Video Popular

Maya Karin

Setelah mengeluarkan single terbaru berjudul Bintang Syurga awal Jun lalu, kini pelakon dan penyanyi jelita, Maya Karin tampil pula dengan lagu raya pertamanya berjudul Pulang.

Artikel Berkaitan :

Pulang merupakan hasil ciptaan sepenuhnya oleh Omar K dan lagu tersebut telah mula dimainkan di corong-corong radio tempatan sejak minggu lalu.

Lagu berentak klasik dan liriknya yang mudah difahami ini pastinya akan membuatkan para pendengar merasa teruja serta tidak sabar untuk pulang ke desa tercinta bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga tersayang.

Maya Karin 2

Antara bait-bait lirik lagu Pulang

Sejak video lirik berdurasi 3.35 ini dimuat naik ke laman YouTube dan diputarkan di corong radio, ramai peminat menggemari lagu tersebut dan rata-ratanya memuji kelunakan suara penyanyi itu.

Maya Karin 3

Meskipun Maya masih lagi tidak dapat lari dari slang-nya, namun lagu ini tetap mempunyai keunikannya dan OHBULAN! rasa lagu ini amat mudah dinyanyikan sekali, apatah lagi dengan mood Hari Raya yang turut dirasakan.

Bagi peminat yang masih belum pernah mendengar lagu Pulang oleh Maya Karin, apa kata jom layan video lirik lagu tersebut selepas ini. Semoga terhibur!

SKIP THIS AD ×