berita

Mayat Bayi Berbalut Kain Ditemui Dalam Kotak Sampah

February 8th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Mayat bayi perempuan dipercayai baru dilahirkan ditemui di dalam kotak di tempat pembuangan sampah di hadapan rumah kebajikan di Lestari Perdana 1, Seri Kembangan, semalam.

Mayat bayi dalam kotak sampah

Memetik laporan Harian Metro, mayat bayi yang berbalut berbalut kain dan diletakkan di dalam beg berwarna jingga itu ditemui oleh pekerja pengutip sampah. Menurut Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner AA Anbalagan, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan orang awam berhubung penemuan mayat tersebut.

Susulan daripada itu, mayat tersebut telah dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian. Difahamkan, kes ini disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran, dan menyebabkan kematian.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian boleh menghubungi balai polis berdekatan.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×