berita

Mayat Bayi Ditemukan Dalam Beg, Ditinggalkan Di Tepi Pagar

May 18th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Mayat bayi perempuan telah ditemui oleh seorang pekerja warga Pakistan yang ketika itu sedang menyapu sampah di tepi pagar Jalan Sri Rejang 3, Taman Sri Rampai, semalam.

Mayat bayi dibalut dengan kain tuala

Sekadar gambar hiasan

Dikatakan kejadian berlaku pada pukul 8 pagi di mana pada ketika itu seorang tukang sapu daripada Syarikat Alam Flora mendakwa dia sedang menyapu sampah dan ternampak satu beg berwarna putih di tepi pagar.

Lebih mengejutkan lagi apabila dia membuka beg berkenaan dan menemui mayat bayi yang di balut dengan kain tuala warna merah jambu di dalam beg tersebut.

Menurut Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah, pihak polis telah menerima laporan berhubung kejadian berkenaan setengah jam kemudian dan Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kuala Lumpur telah bergegas ke tempat kejadian bagi siasatan lanjut.

Bayi perempuan itu. disahkan meninggal dunia oleh Penolong Pegawai Perubatan Hospital Kuala Lumpur yang turut dipanggil membantu siasatan di tempat kejadian.

Tiada sebarang dokumen dijumpai

Sekadar gambar hiasan

Ashari mengatakan bahawa tiada sebarang dokumen pengenalan dijumpai bersama bayi berkenaan dan ketika pemeriksaan awal pada tubuh bayi tidak menjumpai sebarang kesan kecederaan.

Pihak polis mempercayai bahawa mayat bayi itu telah ditinggalkan dalam tempoh kurang 12 jam sebelum dijumpai di lokasi berkenaan.

Mayat bayi tersebut telah dihantarkan ke Unit Forensik Hospital Kuala Lumpur bagi bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran dengan jalan membuang mayat dengan sulit.

Sumber : Harian Metro

SKIP THIS AD ×