berita

Mayat Bayi Hampir Reput Ditemui Dalam Kotak Plastik, Rakaman CCTV Bongkar Tindakan ‘Pelaku’

May 4th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Mayat seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui di dalam sebuah kotak plastik yang ditinggalkan di belakang sebuah premis perniagaan di Batu Pahat, Johor.

Bayi dalam kotak plastik

Foto: Harian Metro

Memetik laporan daripada Harian Metro, mayat kanak-kanak malang itu telha ditemui oleh orang awam sebelum mereka bertindak melaporkan kepada pihak berkuasa. Menurut, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah, berdasarkan keadaan mayat yang sudah mereput, pihak polis percaya mangsa telah tinggalkan di lokasi kejadian lebih daripada 24 jam.

Polis sudah meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar premis perniagaan berdekatan tempat kejadian yang menunjukkan seorang lelaki meletakkan kotak berkenaan pada 27 April lalu.

Susulan daripada itu, mayat bayi berkenaan telah dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian. Menurut sumber, kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan cara membuang mayat. Sekiranya disabitkan kesalahan, pelaku boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, beliau meminta orang ramai menghubungi ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat di talian 07-4363300 sekiranya mempunyai maklumat berhubung kejadian.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×