Sekumpulan pekerja pembersihan di Georgetown, Pulau Pinang terkejut apabila menjumpai mayat bayi perempuan sewaktu sedang melakukan kerja-kerja pembersihan.
Artikel Berkaitan: CCTV Bongkar Gadis 19 Tahun Bungkus Bayi, Buang Mayat Dalam Tong Sampah Hospital – ‘Dia Tak Nangis Langsung’
Masih bertali pusat
Gambar sekadar hiasan
Memetik laporan Berita Harian, mayat bayi perempuan itu ditemui dalam keadaan yang cukup sifat dan masih bertali pusat di sebuah rumah pangsapuri di sana pada Khamis.
Menurut saksi yang juga merupakan pemandu lori sampah, mereka mula menyedari mengenai penemuan mayat itu ketika sedang mengangkat tong untuk dimasukkan ke dalam lori sampah.
Mayat bayi berkenaan mungkin berada di bahagian bawah tong sampah kerana apabila ia dibalikkan, bahagian bawah akan berada di atas.
Bayi itu berada dalam keadaan kembung selain dipenuhi lalat serta sampah. Sampah di sini kami pungut setiap hari dan kali terakhir pada jam 11 pagi pada Rabu.
Tambah pemandu lori itu lagi, dia terus menghubungi pihak polis bagi melaporkan kejadian tersebut.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong memaklumkan bahawa mereka mendapat laporan mengenai penemuan mayat bayi tersebut dan telah menghantar mayat mangsa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi proses bedah siasat.
Sumber: Berita Harian