berita

Mayat Berbungkus Beg Plastik Ditemui Di Tepi Lebuhraya Rawang-Serendah

October 12th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Satu bungkusan beg plastik yang berisi mayat telah ditemui di tepi Lebuhraya Rawang-Serendah. Lebih mengejutkan apabila melihat keadaan mayat terbabit sudah mula mereput.

Mayat berbungkus

Menerusi laporan yang dipetik daripada Astro Awani, penemuan mayat di tepi lebuh raya bertingkat Rawang ke Serendah, Selangor itu disedari oleh seorang individu sebelum bertindak melaporkan kepada pihak polis.

Menurut sumber, pada ketika itu, lelaki terbabit sedang melakukan aktiviti berjoging di kawasan lebuh raya bertingkat berkenaan dan terlihat satu bungkusan beg plastik sekitar jam 2 petang (11 Oktober 2020). Dia yang curiga terus menghubungi pihak polis untuk melaporkan tentang kejadian.

Mayat mula mereput

Berikutan daripada laopran yang diterima, pasukan forensik Selangor dan Unit Anjing Pengesan (K-19) bergegas ke lokasi kejadian untuk membuat siasatan lanjut. Hasil daripada siasatan awal mendapati, keadaan mayat dalam bungkusan terbabit sudah mula mereput. Mayat mangsa kemudian telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat.

Oleh hal yang demikian, pihak polis meminta orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes tersebut supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis (IPD) Gombak untuk membantu siasatan.

Sumber: Astro Awani

SKIP THIS AD ×