

Sekadar gambar hiasan
Mayat seorang lelaki berusia lingkungan 20-an ditemui dalam keadaan berbungkus berdekatan kolam air panas Lojing, Gua Musang, pada Ahad lalu.
Mayat berbungkus di kolam air panas

Foto: Sinar Harian
Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo memaklumkan siasatan awal mendapati mayat tersebut dibungkus dengan selimut dan diikat menggunakan tali.
Hasil pemeriksaan di tempat kejadian, polis menjumpai seorang lelaki yang telah meninggal dunia. Mayat lelaki berkenaan dibawa ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat.
Mayat lelaki disyaki warga asing itu berketinggian 1.6 meter dan tidak mempunyai suntikan Bacille Calmette-Guerin (BCG). Menurutnya, siasatan awal di tempat kejadian mendapati tiada unsur jenayah berlaku ke atas mayat tersebut dan tiada kesan kecederaan dialami pada badan si mati. Difahamkan, setakat ini, kes diklasifakasi sebagai mati mengejut dan siasatan lanjut masih dijalankan.
Sumber: Sinar Harian, Malaysia Kini






![[VIDEO] Ramai Minta QR, Budak 46 Enggan Terima Sumbangan Wang – ‘Selagi Masih Boleh Buat Affiliate, Saya Akan Lakukan’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/befunky_2026-7-2_10-30-56.jpg)

