berita

Mayat Berulat Ditemui Di Kedai Kereta Terpakai

January 13th, 2024 | by Shahira
Kini Trending

Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemukan dalam sebuah kereta yang diletakkan di premis menjual kereta terpakai di Pasir Puteh, Ipoh.

Mayat membusuk dalam kereta

Mayat yang berada dalam keadaan mereput dan berulat itu ditemukan terbaring di tempat duduk belakang sebuah Proton Wira warna hitam bernombor pendaftaran WJG 7903. Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan, ketika ditemui, keadaan pintu berkunci dari dalam.

Mayat dijumpai dalam keadaan lengkap berpakaian, membusuk dan berulat. Tiada butiran lanjut mengenai si mati diperoleh seperti nama, pengenalan, bangsa, umur, dan pekerjaannya melainkan mayat itu dikenal pasti sebagai lelaki.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk pengesahan identiti dan proses bedah siasat.

Pemeriksaan lanjut bagaimanapun mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan kes setakat ini diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR).

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×