Foto: Irish Mirror
Mayat seorang kanak-kanak tanpa kepala ditemui di pantai di pusat peranginan Costa Dorada di Roda de Berà di wilayah pantai timur Tarragona.
Mayat tanpa kepala
Sekadar gambar hiasan
Mayat kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan dua hingga tiga tahun itu ditemui oleh tukang cuci sebelum dimaklumkan kepada pihak polis.
Selain tidak berkepala, mangsa juga ditemui tanpa anggota badan lain. Mangsa dipercayai dihanyutkan ke pantai dari tengah laut, dalam keadaan reput. Menurut Datuk Bandar Roda de Berà Pere Virgili, mangsa dipercayai lemas apabila bot pendatang yang dinaikinya terbalik di Mediterranean.
Susulan daripada itu, kawasan peranginan tersebut ditutup buat sementara waktu kerana memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk melakukan pemindahan mayat dan menjalankan siasatan di kawasan berkenaan.
Sementara itu, pihak berkuasa masih belum memberi kenyataan rasmi mengenai kejadian itu.
Sumber: Irish Mirror, Sunday World