Tatkala Malaysia dalam fasa pemulihan, di Indonesia masih lagi berhadapan dengan saat getir apabila petugas barisan hadapan terpaksa meningkatkan kawalan di bilik mayat.
Hal ini disebabkan oleh waris mangsa Covid-19 melarikan mayat kerana mahu mengadakan upacara pengebumian mengikut tuntutan agama mereka.
Menceroboh hospital ambil mayat
Keluarga merampas secara paksa mayat yang sudah siap sedia untuk dikebumikan mengikut protokol virus dan beberapa keluarga menceroboh mayat di hospital di Makassar di Sulawesi minggu lalu dan mengambil mayat anggota keluarga yang meninggal dunia akibat COVID-19.
Menurut pihak polis Indonesia, di bawah peraturan baharu di republik itu, mangsa COVID-19 mesti dibalut dengan plastik dan dikebumikan segera bagi mengelakkan penularan virus. Ini kurang disenangi saudara-mara mangsa terutama yang beragama Islam, kerana tidak boleh memandikan dan mengkafankan jenazah sebelum dikebumi mengikut tuntutan agama.
33 orang ditahan
Keluarga di negara majoriti penduduk Islam itu juga tidak dibenarkan berkumpul atau berada lama di tanah perkuburan ketika mayat mangsa dikebumikan.
Sekurang-kurangnya 33 individu ditahan dan mereka berdepan tujuh tahun penjara kerana melanggar peraturan kuarantin kesihatan. Bagi mengatasi masalah sama berulang, pihak berkuasa Makassar meletakkan lebih banyak kakitangan untuk mengawal hospital tempatan
Tambah beliau lagi, khabar angin mengatakan beberapa mayat turut dijadualkan dikebumi segera walaupun meninggal dunia kerana penyakit tiada kaitan dengan COVID-19, lebih memburukkan keadaan
Ini menyebabkan keluarga dan penduduk tempatan marah. Jadi, mereka memutuskan untuk mengambil mayat secara paksa untuk dibawa ke rumah.
Pada Jumaat lalu di Surabaya, pihak berkuasa berkata mereka menahan empat individu selepas saudara-mara merampas mayat yang disyaki mangsa virus itu dari hospital tempatan
Sumber : Berita Harian