berita

Mayat Dalam Guni Ditemui Tepi Jalan

January 13th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Satu mayat lelaki yang berbungkus dengan guni dan mulai mereput ditemui di tepi Jalan Persiaran Aman Perdana 1, Klang semalam.

Mayat lelaki dalam guni

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan daripada orang awam berhubung penemuan mayat yang berbungkus di dalam guni putih.

Keadaan mayat hanya memakai kain sarung warna biru tanpa baju. Identitinya juga masih belum dapat dipastikan.

Hasil siasatan awal mendapati, mayat yang dipercayai mangsa bunuh itu telah dibawa ke Hospital Shah Alam untuk proses bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang mana jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung mandatori.

Susulan daripada itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, You Swee Leong (012-4071452) atau Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara (03-3291222) atau balai polis berhampiran.

Sumber: Sinar Harian

SKIP THIS AD ×