berita

Mayat Ditemukan Lepas Hilang 2 Minggu – ‘Tak Sangka Itu Mayat Abang’

July 13th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Foto: Kosmo

Misteri kehilangan seorang lelaki sejak dua minggu lalu akhirnya terjawab apabila mayatnya ditemukan di dalam parit di Kampung Rajawali Pulau Serai, Dungun.

Jumpa mayat dalam parit

Foto: Utusan Digital

Menurut adik mangsa iaitu Ahmad Zulnasri, kali terakhir dia berjumpa dengan abangnya, Mohd Azizul Hafiz Abdullah pada 30 Jun lalu dan sejak daripada itu, mereka sekeluarga gagal menghubungi mangsa. Difahamkan, mangsa juga tidak pulang ke rumah ibunya di Kampung Pulau Serai.

Kami pelik bertindak mencari abang dengan bantuan dari rakannya di sekitar Dungun hingga ke Paka, namun menemui jalan buntu sebelum membuat laporan polis.

Tambahnya lagi, mereka juga berusaha mencari mangsa namun tidak berjaya sehinggalah petang semalam, dia dihubungi pihak polis mengenai penemuan satu mayat di dalam parit. Kedudukan parit yang menjadi lokasi mayat lelaki itu dijumpai kira-kira satu kilometer dari rumahnya.

Sebaik tiba di lokasi itu, saya sangat terkejut dan ia memang abang saya berdasarkan motosikal dan pakaian. Puas kami berusaha mencari abang, tak sangka mayatnya ditemukan di situ (dalam parit).

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian. Tambahnya lagi, polis percaya mangsa yang berusia 42 tahun itu terbabit dalam kemalangan akibat terbabas sebelum tercampak ke dalam parit. Mayat mangsa kemudian dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×