
Seorang wanita berusia 21 tahun ditemui maut terapung di Sungai Citarum, Kabupaten Karawang, pada Selasa.
Rogol, buang mayat

Memetik laporan Detik.com, mangsa, Dina Oktaviani dipercayai dibunuh oleh majikannya yang dikenali sebagai Heryanto.
Menurut pegawai polis, AKP Nazal Fawwaz, mangsa dikatakan sering meluahkan perasaannya kepada suspek setiap kali mempunyai masalah dengan bekas kekasihnya.
Mangsa kemudian meminta bantuan suspek untuk mencari seseorang supaya dapat membatu dia melupakan bekas kekasihnya. Namun siapa sangka, pertemuan tersebut membawa kepada satu insiden tragis.
Suspek mengajak mangsa ke rumahnya, kemudian mencekik dan membekap mangsa sehingga meninggal dunia.
Saya tergoda dengan barang-barangnya (gajet, motosikal dan barang kemas). Tiada rancangan awal untuk membunuh atau meniduri mangsa, semuanya berlaku secara spontan.
Lebih menyayat hati, suspek turut mengaku telah menyetubuhi mangsa sebelum membungkus mayat dengan kotak dan membuangnya ke sungai.
Difahamkan, mayat mangsa hanya ditemui beberapa hari selepas dilaporkan hilang.
Suspek yang sudah berkahwin itu kini ditahan untuk tindakan lanjut.




![[VIDEO] Haliza Maysuri Turun Merewang Untuk Aqiqah Cucu – ‘Dah La Kaya, Rajin Turun Dapur’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/haliza-maysuri-2.jpg)
![[VIDEO] Capik Lalat Ditegur Pendakwah Bebas, Sifatkan Lelaki Ringan Tangan Sebagai Dayus – ‘Ada Tiga Cara Nabi Ajar’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/capik-lalat.jpg)
