berita

Mayat Guru Membusuk Ditemui Dalam Rumah Sewa

January 2nd, 2024 | by Shahira
Kini Trending

Foto: Berita Harian

Seorang guru wanita berusia 50-an ditemukan meninggal dunia di dalam rumah sewanya di Kampung Pengadang Baru, Terengganu pada petang Isnin.

Mayat guru dalam rumah sewa

Foto: Utusan Malaysia

Memetik laporan Harian Metro, kejadian itu disedari oleh seorang lelaki berusia 30 tahun yang merupakan pemilik rumah berkenaan. Difahamkan, ketika itu, lelaki terbabit bersama ibunya datang untuk meminta duit sewa bulanan selepas gagal menghubungi mangsa sejak lebih seminggu lalu.

Setibanya di rumah, dia berkali-kali memanggil mangsa namun tiada sahutan sehinggalah dia nekad membuka salah sebuah tingkap rumah sebelum terhidu bau busuk. Lelaki terbabit kemudian menghubungi pihak polis untuk tindakan lanjut.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din, siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.

Sebaik tiba ke lokasi kejadian, kami menemui mayat seorang wanita di dalam rumah yang dipercayai sudah beberapa hari meninggal dunia.

Mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk tindakan lanjut.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×