berita

Mayat Hangus, Mangsa Bermandi Darah Bertempiaran, ‘Hiroshima’ Sungai Buloh Gegar Negara 29 Tahun Lalu

January 18th, 2020 | by faris
Kini Trending

Suasana menakutkan seakan dilanda krisis perang mungkin dilalui kebanyakan kita melainkan diceritakan sendiri oleh generasi terdahulu. Namun, ‘bayangan’ detik sedemikian pernah berlaku di Sungai Buloh pada 1991 apabila sebuah kilang mercun meletup sekaligus menggegarkan sehingga 7 kilometer dari tempat kejadian.

Ahli kimia Hong Kong jalankan ujian

Kejadian berdarah itu dilaporkan berlaku di kilang mercun dan bunga api Bright Sparklers pada 7 Mei 1991 pada jam 3.45 petang. Semuanya bermula apabila seorang ahli kimia Hong Kong mahu melakukan ujian mercun di tengah kawasan kilang.

Media tempatan menggelar kejadian ini sebagai Hiroshima Sungai Buloh untuk menggambarkan betapa dahsyatnya kerosakan dan impaknya.

Letusan gegar sejauh 7 km

20 letupan berlaku

Raungan kesakitan kedengaran, mangsa bermandikan darah

Anggota bomba kongsi pengalaman hitam

Menurut Pegawai Bomba Kanan Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam Hamzah Buyok yang terlibat dalam operasi menyelamat kepada Harian Metro, operasi tersebut antara detik paling dahsyat dilaluinya.

Ketika itu Balai Bomba dan Penyelamat yang paling hampir ialah Shah Alam, Selangor, menyebabkan kami dikerahkan dengan kekuatan 20 anggota dan dua jentera.

Kira-kira 10 kilometer dari lokasi kejadian, saya nampak kepulan asap besar dan terdetik dalam hati mungkin ada perkara dahsyat bakal kami tempuhi.

Menurut Hamzah, perkara pertama disaksikan ialah mayat lelaki melintangi jalan dipercayai dilanggar kenderaan ketika menyelamatkan diri.

Saya antara anggota penyelamat paling awal tiba di lokasi kejadian, namun kerana ada mayat di tengah jalan, jentera bomba menukar laluan alternatif ke kilang itu.

Kira-kira satu kilometer daripada lokasi kejadian, situasi ibarat medan perang apabila letupan mercun, serpihan kayu, besi dan atap rumah bertaburan di sana sini. Malah, kilang dan rumah berhampiran lokasi kejadian juga musnah termasuk cebisan mayat hangus.

Jeritan minta tolong dan raungan kesakitan akibat terkena serpihan mercun jelas kedengaran. Lebih menyayat hati apabila mangsa meratapi kematian ahli keluarga.

Tambahnya lagi, insiden terbabit meragur 26 nyawa manakala 83 mangsa cedera.

Tindakbalas hujan hasilkan gas beracun

Sumber: Harian MetroWikipedia, LNH

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×