Misteri kehilangan seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun akhirnya terjawab selepas mayatnya ditemui terdampar di Pantai Cihara Lebak, Indonesia.
Mayat terdampar tepi pantai
Memetik laporan Tribunnews, mangsa yang dikenali sebagai Aqilatunnisa Prisca Herlan dipercayai hilang sejak 17 September lalu selepas ditinggalkan sendirian oleh ibunya di rumah yang berkunci.
Difahamkan, ibu mangsa yang kini sedang sarat hamil anak kedua telah keluar sebentar untuk menjemput suaminya makan tengahari. Namun selepas pulang ke rumah kira-kira 10 minit kemudian, ibu mangsa mendapati anak perempuannya itu telah hilang.
Mereka yakin bahawa mangsa kemungkinan diculik tetapi apa yang peliknya, tiada barangan berharga yang hilang cuma telefon bimbit yang ditinggalkan bersama Aqila dipercayai telah dibawa keluar dari rumah.
Menurut sumber, pada awalnya GPS pada telefon bimbit itu berjaya dikesan sebelum hilang dari radar.
Dua hari kemudian, keluarga dikejutkan dengan penemuan tubuh Aqila yang terdampar di Pantai Cihari Lebak. Lebih menyayat hati lagi, wajah kanak-kanak tidak berdosa itu juga telah dililit dengan pita pelekat hitam selain turut ditemukan kesan lebam di kepala dan tangan.
Sumber: Tribunnews