berita

Mayat Lelaki Berseluar Dalam Ditemui Di Tempat Pembuangan Sampah

June 7th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Foto: Sinar Harian

Pihak polis menemui mayat seorang lelaki tanpa pakaian di kawasan pembuangan sampah di tepi jalan Felda Moakil-Bukit Kepong, Lenga di sini, Jumaat lalu.

Mayat telah mereput

Sekadar gambar hiasan

Menurut Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Muhkhliz Azman Aziz, mayat tersebut berada dalam keadaan terlentang serta hanya berseluar dalam itu ditemui tanpa sebarang pengenalan diri.

Pemeriksaan fizikal ke atas mayat oleh Pasukan Forensik Zon Utara dan Pasukan Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar mendapati keadaan mayat telah pun mereput.

Hasil bedah siasat mendapati kematian disebabkan kecederaan kepala akibat trauma tumpul. Mangsa dipercayai dibunuh namun pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut.

Setakat ini, pihak polis masih lagi menyiasat keberadaan sebenar mayat sama ada ianya merupakan tempat kejadian kematian berlaku atau merupakan tempat kejadian kedua iaitu mayat dibuang atau diletakkan di situ.

Kes disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan membawa hukuman mati.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian itu untuk tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar untuk membantu siasatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat ASP Zakini Ab Latif menerusi talian 013-233 8184.

Sumber: Sinar Harian

SKIP THIS AD ×