berita

Mayat Lelaki Bogel Ditemui Terjatuh Dari Tingkat 17, Polis Syak Angkara…

July 14th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Di Petaling Jaya, Selangor seorang lelaki dijumpai terjatuh dari tingkat 17 sebuah bangunan dan kes tersebut didakwa merupakan kes pembunuhan.

Dipercayai kes pembunuhan

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan Utusan Malaysia, insiden tersebut dikatakan berlaku kira-kira 2.50 petang dan mangsa yang dipercayai warganegara asing dijumpai dalam keadaan bogel sebelum disahkan meninggal dunia di tempat berkenaan berikutan mengalami cedera parah.

Ujar Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, hasil siasatan awal mendapati lelaki berkenaan merupakan mangsa pembunuhan. Bagaimanapun, sehingga kini pihak polis masih belum dapat mengenal pasti identiti mangsa berikutan tiada dokumen pengenalan diri ditemukan.

Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya menyerbu sebuah unit kediaman di kondominium itu dan menahan dua lelaki tempatan yang disyaki terbabit dalam kejadian itu.

Jelas Fakhrudin lagi, hasil tangkapan tersebut pihaknya telah merampas telefon bimit dan pelbagai peralatan seks. Pihak polis turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai insiden tersebut untuk tampik ke IPD Petaling Jaya bagi membantu siasatan.

Kedua-dua suspek berusia 40-an itu kini direman seminggu hingga 19 Julai ini untuk membantu siasatan kes yang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Artikel asal daripada Utusan Malaysia. Ikuti berita terkini dalam dan luar negara di portal Utusan Malaysia

SKIP THIS AD ×