berita

Mayat Lelaki Ditemui Dalam Teksi Sendiri

August 11th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

mayat dalam teksi

Seorang lelaki ditemui mati dalam sebuah teksi dipercayai miliknya dalam kejadian berhampiran Klinik Kesihatan Seberang Takir, Kuala Nerus pada malam Khamis.

Mayat dalam teksi

mayat dalam teksi

Mangsa, 51, yang berada dalam keadaan berlumuran darah ditemui di tempat duduk belakang kenderaan terbabit dengan beberapa kesan luka di bahagian leher. Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima laporan daripada orang awam.

Susulan daripada itu, seorang lelaki berusia 29 tahun yang berada di tempat duduk pemandu bersama sebilah pisau di atas pelapik kaki kereta telah ditahan polis.

Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti motif kejadian dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk tindakan lanjut.

Sumber: Malaysia Gazette, Berita Harian

SKIP THIS AD ×