

Sekadar gambar hiasan
Mayat lelaki tanpa dokumen pengenalan diri ditemui oleh seorang warga tempatan di dalam sebuah tongkang yang berlabuh di Tanjung Kunyit, Sibu pagi semalam.
Mayat dalam tongkang

Sekadar gambar hiasan
Memetik laporan Harian Metro, warga tempatan yang juga merupakan pengurus syarikat perkapalan itu telah membuat laporan polis berhubung penemuan mayat terbabit. Menurut Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian dan ketika ditemui, mayat mangsa yang berusia dalam lingkungan 30 tahun itu lengkap berpakaian. Namun, tiada sebarang dokumen pengenalan diri dijumpai di lokasi kejadian.
Hasil siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR). Difahamkan, proses bedah siasat akan dilakukan bagi mengetahui punca kematian.
Oleh hal demikian, mana-mana saksi, individu, waris atau majikan yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian ataupun kehilangan ahli keluarga atau pekerja diminta tampil menyalurkan maklumat di balai polis berdekatan atau menghubungi pegawai penyiasat kes Sub-Inspektor Davaraj Subramaniam di talian 014-3941236.
Sumber: Harian Metro





![[VIDEO] ‘Janji Tak Nak Kahwin Akhirnya Tewas Dengan Kapten’ – Ibu Sangka Hasrat Dr Fie Kembali Jadi Isteri Hanya Gurauan](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2846.jpeg)
![[VIDEO] ‘Saya Tak Boleh Sambut Halloween Sebab Saya Islam, Nanti Dapat Dosa’ – Jebat Jayden](https://asset.ohbulan.com/2026/11/jebat-jauden2.jpg)
![[VIDEO] Dr Fie Sah Bergelar Isteri Kapten Amrul, Terima Mas Kahwin Satu Dinar Emas](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2705.jpeg)
![[VIDEO] ‘Kena Jadi Baik & Ramah Sebab Mereka Datang Dari Jauh’ – Syed Saddiq Nasihat Ayden Santuni Masyarakat](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2675.jpeg)