berita

Mayat Lelaki Nepal Dengan Kesan Kelar Di Pergelangan Tangan Ditemui Atas Bumbung

October 14th, 2022 | by Wani
Kini Trending

Mayat warga Nepal ditemui di atas bumbung asrama stor penyimpanan peralatan proses ayam dan daging dengan kesan kelar di tangan, malam tadi.

Artikel Berkaitan: Warga Nepal Menangis Berpisah Dengan Keluarga, Warga Malaysia Beri Kata-Kata Semangat 

Artikel Berkaitan: Buat Video Sokong Penghinaan Nabi Muhammad, 4 Warga Nepal Di Malaysia Ditahan 

Kelar di tangan

 

Sekadar gambar hiasan

Menerusi laporan Berita Harian, seorang mayat lelaki warga asing yang berusia dalam lingkungan 30-an ditemui mati di atas bumbung asrama yang didudukinya di Kawasan Perindustrian Kinta Jaya kira-kira 8 malam tadi.

Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri, tompokan darah mangsa terdapat pada tiga tempat iaitu, dari bilik mangsa hingga ruang tamu dan akhirnya di bilik rakannya.

Siasatan awal bersama pasukan forensik menemukan mangsa atas bumbung luar bilik rakannya dengan keadaan terbaring. Mangsa tidak mempunyai sebarang kesan pergelutan, namun, terdapat kesan kelar di pergelangan tangan kiri mangsa yang dipercayai membunuh diri.

Tambah Datuk Mohd Yusri Hassan Basri, sebilah pisau turut dijumpai yang berada pada jarak 3.4 meter daripada mangsa. Susulan daripada itu, Ketua Polis Perak mengklasifikasikan kes ini sebagai mati terkejut dan bedah siasat akan dilakukan untuk mengetahui punca kematian lelaki warga Nepal itu.

Sumber: Berita Harian

SKIP THIS AD ×