Baru-baru ini, kecoh satu isu di media sosial mengenai pembunuhan seorang pempengaruh media sosial dan model terkenal di Hong Kong iaitu Abby Choi.
Mayat tanpa kepala, tisu dicincang
Pembunuhan mangsa yang berusia 28 tahun itu dipercayai berpunca daripada isu pertikaian kewangan dengan keluarga bekas suaminya. Mayat Abby ditemui dalam keadaan tidak berkepala selain sebahagian anggota badannya ditemui di dalam peti sejuk.
Menurut Superintendan Alan Chung Nga Lun, turut ditemui adalah alat pengisar daging dan gergaji elektrik yang disyaki digunakan untuk mengisar daging manusia. Rumah yang dijadikan sebagai lokasi pembunuhan itu juga dilihat seperti tempat ‘penyembelihan’.
Dua periuk rebusan dipercayai mengandungi tisu manusia ditinggalkan di tempat kejadian. Kami masih mencari kepala, badan dan tangan yang dipercayai sudah dilupuskan.
Susulan daripada penemuan mayat, empat suspek iaitu bekas suami, ibu, bapa, abang kepada bekas suami Choi telah ditahan selepas disyaki terlibat dalam kes pembunuhan tersebut. Polis percaya ini merupakan pembunuhan dirancang namun punca kematian dan motif kejadian masih dalam siasatan.
Sumber: Channel News Asia