berita

Mayat Remaja Perempuan Dipercayai Dibunuh Ditemui Dalam Semak Di Lereng Bukit

August 23rd, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Mayat seorang remaja perempuan berusia 14 tahun ditemui oleh sepupunya di dalam semak di lereng bukit berhampiran rumahnya di Bukit Ibam, Rompin kelmarin.

Mayat remaja Orang Asli ditemui

Sekadar gambar hiasan

Menurut Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Mohd Azahari Mukhtar, mayat mangsa yang merupakan Orang Asli itu dipercayai ditemui dalam keadaan berdarah di tangan dan kepala disyaki akibat dibunuh.

Mangsa difahamkan tidak pulang ke rumah selepas keluar pada malam sebelumnya, menyebabkan bapa mangsa membuat laporan di balai polis berhampiran sebelum mayatnya ditemukan.

Susulan daripada penemuan itu, tiga lelaki Orang Asli ditahan pada 22 Ogos lalu bagi membantu siasatan. Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk proses bedah siasat bagi mengetahui punca kematian. Menurut sumber kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Oleh itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi polis di 09-4145999 atau Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Abdul Khaliq Mustopa di 019-9999769.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×