berita

Mayat Separuh Bogel Tanpa Kepala Ditemui Terbaring Di Dapur

April 18th, 2024 | by Shahira
Kini Trending

Mayat seorang lelaki tanpa kepala dan hanya berseluar dalam ditemui di sebuah rumah yang terletak di ladang getah di Songkhla, Thailand.

Mayat tanpa kepala di dapur

Memetik laporan The Thaiger, pihak polis menemui mayat mangsa yang dikenali sebagai Wichai terbaring di bahagian dapur rumahnya di mana kepala yang terputus itu berada berdekatan dengan tubuh badan mangsa.

Pihak polis percaya, mangsa yang berusia 56 tahun itu telah mati empat hari sebelum mayatnya ditemui dan mereka mengesyaki Wichai telah dibunuh oleh anak kandungnya, Tiwakorn.

Hasil siasatan awal mendapati, mangsa hanya tinggal berdua dengan anak lelakinya itu. Ketika penemuan mayat tersebut, jiran memberitahu suspek dilihat meninggalkan rumah tersebut sebelum ketibaan polis.

Susulan daripada itu, suspek telah ditahan bagi membantu siasatan. Semasa soal siasat, suspek mendakwa tidak tahu tentang kejadian tersebut sebaliknya suspek mendakwa dia berada di rumah ibunya sejak 9 April lalu.

Suspek dikatakan mempunyai sejarah penyakit mental dan penyalahgunaan dadah. Dia menerima rawatan kerana masalah mental lapan tahun lalu tetapi simptom itu kadangkala muncul semula.

Polis turut merampas beberapa barangan bukti untuk membantu siasatan lanjut.

Sumber: The Thaiger

SKIP THIS AD ×