berita

Mayat Wanita Ditemui Dalam Bilik Air Bersama Sekeping Nota

January 18th, 2024 | by Shahira
Kini Trending

Mayat seorang wanita dalam keadaan berdarah ditemui di dalam bilik air sebuah rumah di Kampung Sri Buntar, Triang pada Rabu.

Mayat ditemui bersama nota

Memetik laporan Sinar Harian, ketika ditemui, terdapat kesan kecederaan di leher dan pergelangan tangan mangsa yang dipercayai berpunca daripada senjata tajam.

Menurut Ketua Polis Daerah Bera, Superintenden Zulkiflee Nazir, pihaknya turut menemui sebilah pisau dan satu nota tulisan tangan yang dipercayai ditinggalkan mangsa di tempat kejadian.

Setakat ini tiada sebarang kesan pecah masuk atau lain-lain keterangan yang menjurus kepada elemen perbuatan jenayah ditemui.

Keluarga terdekat mendakwa mangsa mengalami masalah kemurungan sejak sebulan lalu dan dalam proses rawatan secara tradisional.

Siasatan lanjut masih dijalankan dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sumber: Sinar Harian

SKIP THIS AD ×