
Mayat seorang wanita warga emas ditemui di dalam dinding bersimen sebuah rumah di Münchendorf, Austria.
Artikel Berkaitan: Pakar Diet Maut Dic*kik Suami, Mayat Disumbat Dalam Kotak Kayu & Disimen Di Rumah
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kes Tikam 61 Kali: ‘Suspek Guna Kereta Ayah Untuk Bunuh Mangsa, Empat Kali Cuci Nak Hilangkan Kesan Darah’ – Ketua Polis Kelantan
Warga emas dah lama meninggal dunia

Pejabat Pendakwa Raya Vienna mengesahkan kes ini dan mengarahkan bedah siasat dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian.
Mayat itu ditemui selepas polis mendapatkan bantuan bomba untuk membuka pintu rumah berkenaan pada 28 Mei lalu.
Difahamkan, rumah tersebut dipercayai milik seorang pesara yang dilaporkan hilang.
Pihak berkuasa kini menyiasat beberapa kemungkinan termasuk unsur jenayah serta penipuan faedah sosial, selepas timbul dakwaan wanita itu mungkin sudah meninggal dunia beberapa tahun lalu tetapi pencennya masih diterima.
Anak wanita berkenaan yang tinggal di luar negara juga sedang dikesan bagi membantu siasatan.
Sumber: Vienna.at








![[VIDEO] Dr Hasseenah Dedah Rawatan Kecantikan Wajah Tular Didakwa Haram & Bernajis](https://asset.ohbulan.com/2026/07/doktor.jpg)