berita

Mayat Warga Emas Bisu Dikelar Sebelum Dicampak Di Hadapan Sekolah

February 24th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Seorang lelaki warga emas maut dipercayai dibunuh kerana terdapat kesan kecederaan dileher mangsa. Memetik laporan Harian Metro, pihak polis menerima laporan dari orang awam sejurus ternampak mayat lelaki yang terlantar di hadapan sebuah sekolah di Suka Menanti, Alor Setar.

Kecederaan di leher

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Setar iaitu Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir menerima maklumat dari orang awam kira-kira jam 4.30 petang berkaitan pergaduhan di kawasan Lebuhraya Sultan Abdul Halim. Tidak lama selepas itu, pihak polis sekali lagi menerima laporan penemuan satu mayat lelaki yang disyaki ada kaitan dengan pergaduhan tersebut.

Mayat lelaki itu ditemukan dengan kesan kecederaan teruk di leher. Hasil siasatan mendapati, mangsa dibawa menaiki kereta Proton Saga oleh suspek lelaki berusia 30-an dan motosikal mangsa dipercayai ditinggalkan di kawasan pergaduhan di Lebuhraya Sultan Abdul Halim.

Mangsa dipercayai berusia lingkungan 70 tahun dan dipercayai bisu telah dibunuh di tempat lain sebelum dicampak dan ditinggalkan di hadapan Sekolah Kebangsaan Suka Menanti.

Sejurus meninggalkan mayat di kawasan sekolah, suspek melanggar sebuah motosikal yang ditunggang seorang lelaki di berhampiran dan menyebabkan mangsa lelaki itu mengalami kecederaan.

Suspek ditahan orang awam

Pihak berkuasa percaya bahawa mangsa dibawa menaiki kereta oleh seorang lelaki berusia 30-an sebelum mayatnya ditinggalkan. Ini kerana polis menemui motosikal mangsa ditemukan di tempat lain.

Namun bagaimanapun, pihak polis masih menjalankan siasatan dalam mengesahkan sama ada mangsa diculik atau sebaliknya. Malah, pihak polis turut menemui sebilah parang yang dipercayai digunakan suspek untuk perbuatan kejam itu.

Suspek ditahan orang awam di kawasan itu dan menyerahkannya kepada polis untuk tindakan lanjut. Hasil pemeriksaan mendapati, suspek didapati berada dalam keadaan khayal. Dia juga dipercayai terbabit dalam pergaduhan petang tadi dan individu yang bertanggungjawab meninggalkan mayat lelaki warga emas itu di hadapan sekolah.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×