berita

McD Belanja 65,000 Rider Dengan #LekLuMcDBelanja, Ini Respon Mereka Bila Dihargai

July 16th, 2021 | by Aimi Raihana Mudzakir
Kini Trending

“Hari ni nak order makanan lagi tak?”

Semua orang boleh relate kot. Bila lapar je, terus pesan makanan dari rumah. Siapa yang tolong korang hantar makanan? Mesti la abang dan kakak rider. Mereka pun antara barisan hadapan sepanjang pandemik ni. Tabik la kat semua rider!

Rider memang busy teruk sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ramai duduk rumah, so banyak la permintaan untuk rider. Kerja keras mereka ni memang patut dihargai dan dengar cerita, McDonald’s ada buat sesuatu untuk rider ni semua.

McD bagi makanan percuma kepada 65,000 rider sempena #LekLuMcDBelanja

Bagi menghargai penat lelah rider yang bekerja sepanjang tempoh PKP, McDonald’s Malaysia ambil keputusan untuk belanja 65,000 rider di seluruh negara dengan makanan percuma. Paling best, rider dapat set hidangan Quarter Pounder dengan keju yang sedap. Terima kasih McDonald’s Malaysia!

Kenapa McDonald’s Malaysia tiba-tiba belanja rider ni? Sebenarnya, ia sebahagian daripada kempen #LekLuMcDBelanja #RiderKu. Setiap hari rider akan pastikan makanan korang dihantar dengan selamat dan tepat pada masanya. Kita sebagai pelanggan kena la hargai mereka okay?

Sempena inisiatif #LekLuMcDBelanja yang bermula 12 Julai 2021, ramai rider daripada FoodPanda, GrabFood, DeliverEat dan perkhidmatan McDelivery (MDS) yang tebus set hidangan percuma Quarter Pounder dengan keju di restoran McDonald’s seluruh negara. Memang havoc la!

Korang sebagai pelanggan pernah terfikir tak? Apa agaknya luahan hati rider ni apabila mereka dihargai oleh pelanggan? Meh tengok respon-respon mereka ni. Memang menyayat hati.

Respon rider bila dihargai pelanggan, rasa happy sangat!

“Pelanggan selalunya terkejut melihat penghantar makanan wanita. Saya bertuah kerana pelanggan saya kebanyakannya sangat bertimbang rasa dan baik hati dengan memberikan tip kepada saya. Selalunya, sebelum saya pergi, mereka akan memberi kata-kata sokongan dan berpesan agar saya sentiasa menjaga diri.”

-Penghantar Makanan McDelivery Roslina Talhad-

“Menjadi seorang penghantar makanan sangat mencabar kerana permintaan untuk penghantaran makanan kini semakin meningkat. Dengan adanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), masa untuk menghantar makanan menjadi lebih singkat. Tetapi, saya tetap berpuas hati dapat menggembirakan pelanggan setiap kali menghantar makanan kepada mereka.”

“Pernah sekali, ada keluarga yang membuat pesanan yang banyak semasa bulan Ramadan, dan mereka memberi satu set burger mereka kepada saya. Apabila ada yang menghargai penghantar makanan seperti saya, ia membuatkan saya bersemangat untuk terus bekerja.”

-Penghantar Makanan McDelivery William Quah-

“Saya gembira dan berterima kasih kepada McDonald’s kerana menghargai kami, lebih-lebih lagi saya juga seorang pelajar separuh masa. Kadangkala semasa bekerja, kami terlupa untuk makan atau terpaksa tahan makan semata-mata untuk memenuhi pesanan pelanggan. Dengan inisiatif ini, saya teruja untuk mendapatkan hidangan yang diberikan kepada kami.”

-Penghantar Makanan McDelivery Mohamad Azyhan Musa-

Nampak? Betapa gembiranya mereka kalau korang hargai mereka tau. Sebagai tanda terima kasih kepada semua rider, korang boleh kongsikan gambar atau video korang bersama #RiderKu di media sosial korang dan hashtag #LekLuMcDBelanja #TerimaKasihRider #MekdiBelanjaRider.

Kalau korang hargai mereka, kami yakin semua rider akan happy gila la. Tak gitu?

Terima kasih McDonald’s Malaysia atas usaha mengajak orang ramai menghargai semua rider di seluruh negara. Kepada semua rider, teruskan kerja keras korang dalam menghantar makanan kepada pelanggan dengan jayanya!

Untuk info lebih lanjut, korang boleh terus ke laman web: www.mcdonalds.com.my.

SKIP THIS AD ×