berita

McD Tawarkan Kerjaya & Peluang Untuk Korang Tingkatkan Skill Dalam Bidang F&B!

August 31st, 2021 | by Nurul
Shout Out!

MASHABLE SE Asia

Sejak pandemik, ramai yang terkesan dan terjejas dari segi kewangan apabila kehilangan kerja dan punca pendapatan. Malah, sehingga kini, masih ramai yang menganggur dan tercari-cari peluang pekerjaan.

Untuk pengetahuan korang, rangkaian restoran khidmat segera terkenal McDonald’s, menyediakan platform untuk golongan belia di Malaysia membina kerjaya berkemahiran tinggi dengan menawarkan peluang perkerjaan yang menarik!

Apa yang Akademi Vokasional McDonald’s tawarkan?

Macam yang korang tahu, McDonald’s Malaysia mempunyai lebih 300 restoran di seluruh negara dengan 14,000 kakitangan dan mensasarkan akan membuka 500 restoran menjelang 2026. Secara tak langsung, ini akan mewujudkan lebih banyak peluang kerjaya buat golongan belia di Malaysia.

Apabila menyertai Akademi Vokasional McDonald’s, perantis bukan saja berpeluang mendapat latihan, pembelajaran dan pembangun bertaraf dunia sambil bekerja, malah McDonald’s juga mempersiapkan warga kerjanya dengan kemahiran industri yang boleh diguna pakai dalam pelbagai sistem.

Ini termasuklah:

  • Bimbingan ketika bekerja
  • Latihan di dalam kelas
  • Pembelajaran kendiri

Program Perantis Vokasional McDonald’s, sediakan elaun bulanan, tempat tinggal & makan percuma!

 

Bukan itu je, melalui Program Perantis Vokasional McDonald’s secara Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) iaitu hasil kerjasama McDonald’s Malaysia dan Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia, para perantis akan menjalani program yang ditawarkan selama 18 bulan.

Program ni merangkumi 70% latihan praktikal di restoran-restoran McDonald’s dan 30% pembelajaran teori di pusat latihan.

Yang bestnya, sepanjang program ni, mereka akan diberikan elaun sara hidup bulanan sebanyak RM1,200, kemudahan tempat tinggal, manfaat perubatan dan insuran serta makanan percuma. Wow!

Siapa yang boleh mohon?

Program ni dibuka kepada belia lepasan Penilaian Tingkatan 3 (PT3) atau Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Selepas je tamat program, perantis akan menerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 oleh Jabatan Pembangun Kemahiran. Bolehlah terus bekerja di McDonald’s atau mana-mana syarikat perkhidmatan makanan di Malaysia!

Apa lagi yang menarik tentang kerjaya di McDonald’s ni?

  • Setiap tahun, lebih 1,000 pengurus McDonald’s menamatkan program kurikulum Pengurusan Restoran McDonald’s dengan kemampuan memimpin, komunikasi dan kepakaran dalam operasi restoran.
  • McDonald’s mengambil 100% rakyat Malaysia untuk bekerja dan mengutamakan golongan asnaf dan komuniti luar bandar.
  • Sehingga kini, 50% Pengurus Restoran adalah wanita dan 228 daripada keseluruhan warga kerja McDonald’s adalah OKU.

Jom kita dengar apa kata perantis Akademi McDonald’s yang sudah berjaya mengorak langkah

1. David Janil Raj A/L P.P. Sundaraj

Bermula sebagai perantis, kini David berjaya memegang jawatan sebagai Penolong Pengurus
dan Pengurus Syif di McDonald’s Rawang. Beliau yang sudah bersama McDonald’s selama 3 tahun ni mempunyai cita-cita ingin menjadi Pengurus Besar Restoran dan sebahagian daripada pasukan Konsultan Operasi suatu hari nanti.

Baginya apa yang penting adalah sikap yang baik, komitmen untuk menjalankan tugas dan semangat untuk berjaya.

2. Nur Fazera Natasya Iman Binti Mohd Azri 

Walaupun malu-malu semasa pertama kali menyertai program ini, baginya McDonald’s telah banyak membantunya menjadi seorang yang berani dan berkeyakinan tinggi sehingga dianugerahkan sebagai penerima Anugerah Perantis Khas bagi Anugerah Prestasi Cemerlang.

Menurut Iman yang kini bertugas sebagai Ketua Kru di McD Mont Kiara, latihan ektensif dan sokongan yang diterima kini menjadikan beliau lebih yakin dan berharap dapat terus melangkah kehadapan dalam membina kerjaya di McDonald’s.

3. Khor Wei Nern

Khor yang kini menjalani latihan praktikal di McDonald’s Pandu-Lalu Bandar Seri Putra merasakan pengetahuan dan latihan daripada tenaga pengajar yang berpengalaman dan mesra menjadikan dia lebih yakin dan berdisiplin, walaupun masih muda.

Beliau berharap dapat terus bekerja di McDonald’s sebaik sahaja tamat program dan ingin dapat membantu belia lain yang bakal menyertai program ini.

Nak berjaya seperti mereka? Jom bina kerjaya di McDonald’s!

Kalau mereka boleh, korang pun mesti boleh! Apa lagi tunggu, sekiranya korang berminat untuk menjadi sebahagian dari tenaga kerja McDonald’s, layari laman web mereka di bawah ini!

McDonald’s Job | Jawatan Kosong McDonald’s Malaysia
McDonald’s ® Malaysia | Career

SKIP THIS AD ×