berita

McDonald’s Ada Menu GCB Baharu? Ada Kod Misteri? Apa Semua Ni? Excited Nak Tahu kan!

November 14th, 2022 | by Syamirul
Kini Trending

Mesti ramai di antara kita yang suka makan makanan yang pedas kan? Makanan pedas dengan Malaysia memang tak dapat dipisahkan bak pepatah “bagai pinang dibelah dua”.

Lagi syok yang pedas berapi sampai berpeluh-peluh bila makan, fuhh memang layan habis!

Haaa…kalau korang rasa diri tu makan pedas tapi belum cuba McD Spicy Grilled Chicken Burger (GCB) ni, maknanya tak lengkap lagi lah title ‘makan pedas’ korang tu.

Kejap McD ada menu baharu ke? Biar betul!

Burger GCB dah upgrade guys!

Oleh kerana rakyat Malaysia ni sangat sukakan pedas, McD kini telah tampil dengan sesuatu yang baharu.

Kalau korang nak tahu, McD telah memperbaharui salah satu menu burger permanent mereka iaitu burger GCB.

Kini terdapat dua pilihan gempak, dua kelainan cita rasa untuk menikmati keunikan rasa GCB dan Spicy GCB BAHARU hari ini. Wow!

Nasib baiklah McD tak pernah kecewakan kita. Mesti ramai yang akan ‘cinta mati’ dengan dua pilihan gempak ni kan?

Min memang penggemar burger GCB McD ni dan bila dapat tahu yang mereka ada keluarkan Spicy GCB lagi lah min excited nak try weh!

Selagi min belum try memang menangis kempunan mampu tengok gambar je. Tidur malam pun boleh termimpi-mimpi ni selagi tak dapat tau.

Untuk pengetahuan korang burger GCB ni merupakan satu-satunya burger yang di grill di Mcd?

https://www.facebook.com/My.McDonalds/videos/1524235554710820

Menu ini menggunakan kepingan paha ayam yang di grill empuk sehingga perang keemasan, juicy di dalam, diapit bun oblong bersalut bijan yang gebu. Menambah lagi kesegaran, daun salad yang disertakan bersama sos aroma salai atau sos pedas baharu. Hangatnya cukup terasa. Min bayangkan pun dah kecur air liur!

Ia juga didatangkan dengan set air coca cola dan apple pie tau. Sekali makan confirm nak lagi! Pssttt…kalau nak tukar apple pie ke french fries pun boleh, free je!

Tidak dinafikan lagi yang burger GCB ni sentiasa menjadi kegilaan orang ramai termasuk min, lagi-lagi dengan sos pedas baharu ni. Memang I’m lovin’ it!

Catch the code untuk tebus sesuatu yang menarik?

Perhatian! Min nak bagi tahu sesuatu ni, McD kini menjalankan promo Catch The Code bermula 14 November 2022 hingga 18 November 2022 jer!

Mesti korang tertanya-tanya apa tu kan? Macam ni, McD akan post satu kod misteri di Instagram Stories mereka sepanjang 14 November 2022 hingga 18 November 2022 tau, jadi rajin-rajin lah stalk Instagram McD!

Korang layak untuk tebus sesuatu yang misteri (Gempak Treats) dengan menggunakan kod misteri mereka hanya di McDelivery. Mantap!

Diingatkan syarat untuk menebus kod tersebut ialah, korang kena beli set sederhana GCB atau Spicy GCB.

Yang lagi best, lain kod lain reward nya tau! Ini yang buatkan kita lagi excited kan? Jadi jangan lepaskan peluang ni dan tunggu kod rahsia tersebut.

Nak lagi senang kan, min cadangkan korang gunakan aplikasi McD untuk membuat pembelian. Lagipun kalau guna aplikasi McD ni memang confirm korang dapat menikmati pelbagai tawaran yang hebat!

Untuk maklumat lanjut mengenai kod misteri ini, boleh layari aplikasi McD, Facebook dan Instagram McDonald’s.

SKIP THIS AD ×