berita

McDonald’s Malaysia Iktiraf 25 Guru Luar Biasa Melalui Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2022

May 25th, 2022 | by Nurul
Kini Trending

Sejak 6 tahun penganjurannya, tahun ini McDonald’s Malaysia sekali lagi mengiktiraf guru-guru di Malaysia dengan mengumumkan 25 penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2022.

Anugerah yang telah menerima lebih daripada 5,600 pencalonan ini adalah untuk menghargai para guru Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang “luar biasa” atas jasa mereka dalam mendidik anak-anak bangsa negara. 

Jom kami kongsikan dengan lebih lanjut!

Kredit: BERNAMA

Untuk pengetahuan korang, anugerah ini telah disampaikan oleh YB Datuk Dr Radzi Jidin, Menteri Kanan Pendidikan kepada 25 penerima dan setiap pemenang menerima wang tunai bernilai RM5,000 dan sebuah trofi.

Manakala, pencalon untuk pemenang anugerah ini turut menerima baucar hadiah McDonald’s bernilai RM200 sebagai tanda penghargaan.

Menurut Puan Hajah Melati Abdul Hai, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald’s Malaysia, anugerah tahunan ini adalah sebagai salah satu inisiatif dan komitmennya dalam menyumbang kepada masyarakat sekeliling dengan mengiktiraf guru “luar biasa” yang memainkan peranan penting dalam membentuk masa depan negara melalui pendidikan.

Pada tahun ini juga jumlah pencalonan telah meningkat sebanyak lebih 1,200 berbanding tahun lalu dan para penerima anugerah ini telah dipilih oleh panel juri yang terdiri daripada wakil McDonald’s, pegawai KPM dan pihak media. 

Sejak pertama kali dilaksanakan pada tahun 2017, Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s telah disampaikan kepada 131 guru yang menjalankan tanggungjawab melebihi tugas hakiki dalam mendidik, memotivasi dan memberi inspirasi kepada generasi masa hadapan negara.

Kalau korang nak tahu kisah-kisah guru yang dicalonkan untuk Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s tahun ini, korang boleh klik siniSangat memberi inspirasi!

Oh ya, pada bulan Mei dan Jun ini semua 318 restoran McDonald’s di seluruh negara akan menganjurkan parti Hari Guru, di mana kru restoran McDonald’s bakal meraikan para guru dengan aktiviti permainan, sesi bergambar dan lain-lain lagi. Bestnya!

McDonald’s Malaysia juga telah mengedar baucar hidangan Percuma McDonald’s kepada 500,000 para guru di seluruh Malaysia sebagai tanda penghargaan segala jasa mereka demi mendidik anak bangsa. Mereka boleh menebus sama ada “Spicy Sesame McChicken” dengan minuman atau “Sausage McMuffin with Egg” dan kopi Americano. Baucar-baucar ini boleh digunakan dari 16 Mei 2022 sehingga 30 Jun 2022.

Selamat Hari Guru dari OHBULAN!

SKIP THIS AD ×