berita

McDonald’s Malaysia Konsisten Bayar Zakat Perniagaan Kepada 14 Negeri Seluruh Malaysia Setiap Tahun

October 17th, 2023 | by Nurul
Kini Trending

Zakat adalah Rukun Islam yang ke-3 yang wajib dilakukan oleh setiap orang yang beragama Islam. Begitu juga dalam dunia perniagaan, setiap Muslim yang memiliki aktiviti perniagaan, dituntut untuk membayar zakat selagi mana harta atau keuntungan dihasilkan daripada perniagaan tersebut. 

Barulah terasa berkat perniagaan tersebut.

Sebagai sebuah entiti yang diusahakan oleh 100% peratus milik orang Islam apabila ia diambil alih oleh Lionhorn Pte. Ltd pada 2017, McDonald’s Malaysia juga antara pembayar zakat kepada agensi-agensi mengurus zakat yang diiktiraf oleh Majlis Agama Islam Negeri di Malaysia. Haa..mesti korang baru tahu kan? 

Tahun ini, mereka melaksanakan pembayaran zakat sebanyak RM2 juta kepada agensi-agensi mengurus zakat yang diiktiraf oleh Majlis Agama Islam di setiap negeri.

McDonald’s Malaysia – entiti perniagaan pertama yang menerima pengiktirafan daripada PPZ-MAIWP

Lebih membanggakan, pada tahun 2019, McDonald’s Malaysia merupakan entiti perniagaan pertama yang menerima Sijil Pengiktirafan Pembayar Zakat Korporat daripada PPZ-MAIWP tau.

Manakala pada tahun 2020, syarikat tersebut juga menerima Sijil Pengiktirafan Pembayar Zakat Korporat daripada Lembaga Zakat Selangor. Hebat!

Pengiktirafan ini juga menggambarkan sumbangan McDonald’s Malaysia terhadap masyarakat serta ia menyempurnakan Persijilan Halal yang dimiliki oleh syarikat itu.

McDonald’s Malaysia tingkat program kemasyarakatan

Terus komited untuk menjadi syarikat yang prihatin terhadap masyarakat, setiap tahun McDonald’s Malaysia konsisten dalam menjalankan program-program kemasyarakatan.

Salah satu daripadanya adalah tahun ini, mereka melaksanakan pembayaran zakat sebanyak RM2 juta kepada agensi-agensi mengurus zakat yang diiktiraf oleh Majlis Agama Islam di setiap negeri.

Usaha ini secara tak langsung memberi impak kepada golongan asnaf yang berada di bawah pusat pusat agihan zakat di 14 negeri yang menerima zakat daripada McDonald’s Malaysia.

Ini jelas menunjukkan bahawa McDonald’s Malaysia bukan sahaja ingin meraih keuntungan semata-mata, tetapi juga untuk menyantuni komuniti dan masyarakat di sekitar lokasi restoran-restorannya.

Sejak dari restoran pertama McDonald’s Malaysia dibuka pada tahun 1982 sehingga sekarang, McDonald’s Malaysia sentiasa mengutamakan kebajikan dan kesejahteraan  komuniti di sekitar lokasi pengoperasiannya.

Setelah cukup syarat untuk menjadi pembayar zakat pada tahun 2017, maka membayar zakat menjadi salah satu daripada aktiviti kemasyarakatan McDonald’s Malaysia yang dilaksanakan setiap tahun.

McDonald’s Malaysia bayar zakat hampir RM12 juta

Sehingga tahun ini, McDonald’s Malaysia yang kini mengendalikan lebih 350 restoran di seluruh negara telah membayar zakat perniagaan berjumlah hampir RM12 juta kepada 14 negeri-negeri di seluruh Malaysia sejak syarikat itu mula membayar zakat sejak tujuh tahun yang lalu.

Menurut Dato’ Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia, “Sebagai sebuah syarikat yang dimiliki orang Islam, McDonald’s Malaysia menyedari kepentingan menunaikan kewajipan zakat untuk membantu masyarakat yang memerlukan.

Usaha ini bukan sahaja penting atas dasar tuntutan agama, tetapi hikmahnya adalah untuk kita berkongsi sedikit rezeki untuk meringankan beban mereka yang dalam kesusahan. Ini adalah nilai utama yang diterapkan oleh McDonald’s Malaysia”.

“McDonald’s Malaysia juga berharap dapat terus menyantuni masyarakat melalui aktiviti kemasyarakatan termasuk pembayaran zakat,” tambahnya.

SKIP THIS AD ×