berita

McDonald’s Malaysia Rasmi Cawangan Baru Di Tampin, Buka Lebih Banyak Peluang Pekerjaan!

March 12th, 2022 | by Nurul
Kini Trending

Baru-baru ini, McDonald’s Malaysia telah meraikan pembukaan rangkaian restoran di Tampin, Negeri Sembilan, sekaligus merasmikan Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald Tampin. Pembukaan ini selaras dengan inisiatif Kerajaan dalam mentransformasikan Negeri Sembilan ke negeri membangun.

McDonald’s juga menyasarkan untuk menyumbang kepada inisiatif Kerajaan negeri ini dengan pembangunan sosio ekonomi negeri dan menawarkan peluang pekerjaan untuk komuniti setempat khususnya di Tampin.

Haa..orang Tampin, lepas ni dah ada port baru untuk korang santai-santai dengan kawan-kawan dan keluarga!

Restoran ke-15 di Negeri Sembilan dengan lokasi yang strategik

Kalau korang nak tahu, McDonald’s Tampin ni merupakan restoran ke-15 yang dibuka di Negeri Sembilan dan bangunan Restoran McDonald’s Tampin ini merupakan Rumah Rehat Tampin pada asalnya sebelum diambil alih oleh McDonald’s Malaysia.

Lebih menarik, ia juga adalah restoran pertama yang mempunyai rekabentuk unik berinspirasikan bumbung panjang yang sinonim dengan rumah tradisi Negeri Sembilan.

Sejak dibuka pada penghujung 2020, restoran ini telah berjaya mencapai jualan yang memberangsangkan dan ia merupakan satu angka yang amat membanggakan bagi sebuah restoran yang masih baru.

McDonald’s sentiasa prihatin terhadap golongan memerlukan

Sebagai rangkaian restoran terkemuka, McDonald’s Malaysia tidak pernah melupakan golongan asnaf dan yang memerlukan. Sejak 1999, Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) dengan kerjasama McDonald’s Malaysia telah mula menaja Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald (RMSR) di seluruh negara, termasuk Bilik Terapi Ronald McDonald House Charities – Yayasan Jaafar.

Untuk pengetahuan korang, Bilik Terapi Ronald McDonald ini adalah kemudahan yang disediakan untuk kanak-kanak yang berkeperluan khas dan masalah pembelajaran bagi meningkatkan kemahiran kognitif dan meningkatkan keyakinan diri mereka.

McDonald’s Malaysia juga berganding bahu dengan Kerajaan Negeri Sembilan dalam membangunkan ekonomi dengan menawarkan peluang pekerjaan kepada komuniti setempat khususnya di Tampin.

Menurut Dato’ Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Kongsi Tempatan McDonald’s Malaysia, “Perasmian Restoran McDonald’s Tampin ini adalah selaras dengan pelan pembangunan McDonald’s Malaysia hasil dari peningkatan prestasi perniagaan McDonald’s Malaysia.

 “Ia bakal menyumbang kepada pembangunan sosio-ekonomi Negeri Sembilan di samping peluang pekerjaan bagi komuniti setempat yang seterusnya dapat meningkatkan taraf kehidupan mereka,” katanya. 

Di samping itu, McDonald’s Malaysia telah merancang untuk membuka beberapa lagi cawangan baharu di Rembau, Senawang dan Rasah. Sehingga kini, 8% dari keseluruhan kru McFamily adalah dari restoran-restoran Negeri Sembilan.

Di majlis yang sama, McDonald’s Malaysia juga telah menyerahkan bayaran zakat korporat bernilai RM180,000 kepada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINs) bagi diedarkan kepada golongan asnaf dan golongan yang memerlukan di seluruh Negeri Sembilan.  MAINs telah diwakili oleh Dato’ Dr Abd Aziz Bin Sheikh Ab. Kadir, Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.

 

SKIP THIS AD ×