berita

McDonald’s Nak Bagi Korang Peluang Seharian Bersama Seorang Finalis AJL 35. Caranya Mudah Je Wei!

January 14th, 2021 | by Sya Alkaf
Shout Out!

Debaran pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL 35) kian terasa! Persiapan pun sudah semakin giat dijalankan para finalis bagi memastikan persembahan mereka nanti tiptop tanpa sebarang cacat cela.

Nak buat persiapan untuk anugerah berprestij macam AJL 35 ni bukan senang tau guys. Dari sesi latihan sehinggalah persiapan busana untuk digayakan di atas pentas nanti, semuanya kena perfect! Barulah korang yang menonton pun puas hati, betul tak?

Bantu finalis AJL 35 kesayangan korang buat persiapan akhir!

Sebelum ini, kita hanya dapat lihat melalui kaca TV macam mana sibuknya persiapan AJL di jalankan setiap tahun.. Haa sekarang McDonald’s nak bagi korang dan juga 3 ahli keluarga peluang keemasan untuk rasai sendiri pengalaman membantu finalis AJL 35 buat persiapan akhir!

Sebuah keluarga yang terdiri daripada 4 orang ahli keluarga bakal dipilih untuk meluangkan masa seharian bersama seorang finalis bagi melakukan persiapan AJL 35. Korang akan dibawa menemani finalis kesayangan korang ke studio latihan, pemilihan busana dan latihan persembahan di pentas AJL 35.

Lebih syok, korang dan keluarga juga bakal mengakhiri hari korang dengan menikmati hidangan McDonald’s bersama finalis tersebut! Pengalaman manis korang akan disertakan dalam slot kapsul 1 minit yang bakal ditayangkan dalam Festival Muzik AJL.

Best kan? Tapi Bukan itu je yaa. Korang juga berpeluang memenangi baucar McDonald’s untuk tempoh satu tahun! Yess! Korang boleh makan McDonald’s secara percuma selama setahun! Jimat belanja makan guys!

Macam mana geng? Mesti dah teruja membayangkan pengalaman yang tak mampu dibeli dengan wang ringgit ni kan? Jom kami kongsikan macam mana caranya untuk korang sertai peraduan ni.

  1. Buat pesanan melalui McDelivery
  2. Imbas kod QR dalam poster digital yang kami sertakan di bawah atau klik di sini untuk pautan ke Google Form yang disediakan
  3. Isi Google Form tersebut dengan alamat e-mel korang dan beritahu kenapa korang nak memenangi peraduan ni. Gunakan alamat e-mel yang sama semasa korong order melalui McDelivery tadi.
  4. Peserta dengan pesanan terbanyak dan jawapan yang paling kreatif akan dipilih sebagai pemenang.

   

Hadiah saguhati pun dapat baucar McDonald’s!

McDonald’s juga akan memilih 10 pemenang bertuah untuk membawa pulang hadiah saguhati berupa baucar bernilai RM200! Bolehlah korang belanja keluarga atau teman-teman sekali :)

Dah, jangan bertangguh lagi! Jom daftarkan diri korang sekarang juga! Kesempatan macam ni tak datang selalu tau. Jadi, bila dah ada peluang depan mata, korang kenalah gunakan dengan sehabis baik.

Memandangkan ada diantara kita sedang berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan jadi memang lebih mudahlah kalau korang buat pesanan makanan secara atas talian sahaja melalui McDelivery. Senang dan selamat! Tak perlu keluar pun tunggu sahaja makanan korang dihantar terus ke depan pintu rumah.

Pesan sekerap yang mungkin tau bagi meningkatkan peluang korang untuk memenangi hadiah utama!

Stay safe dan all the best everyone!

SKIP THIS AD ×