Baru-baru ini, suami kepada Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang terpalit dengan isu pemilikan kenderaan mewah McLaren.
Netizen mempersoalkan adakah kenderaan tersebut milik Aliff Awang memandangkan nombor plat yang tertera bukan berdaftar atas kenderaan terbabit malah ianya berdaftar atas nama syarikat yang tiada kaitan dengan suami pelakon itu.
Bukan nombor sebenar?
Susulan daripada isu tular terbabit, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur menggesa pemilik kenderaan mewah McLaren tersebut tampil membuat laporan memandangkan gambar kenderaannya telah tular di media sosial.
Adalah menjadi kesalahan untuk mempamerkan nombor pendaftaran yang bukan kepunyaan kenderaan berkenaan mengikut Seksyen 108(3)(F) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Jabatan itu turut mengesahkan nombor plat yang dikatakan milik kenderaan buatan McLaren itu bukan nombor sebenar dan pemilik berdaftar pula orang berbeza.
Terdahulu, Aliff Awang atau lebih dikenali dengan panggilan Opai dikecam teruk selepas tular videonya didakwa menghina kereta jenis bukan supercar pada sebuah acara pertunjukan kereta yang diadakan di Pavilion Kuala Lumpur.
Opai kemudian membuat permohonan maaf menerusi satu hantaran video pendek di Instagram Stories (IG Story) miliknya sebelum dikongsikan semula oleh seorang pengguna di laman TikTok.
Sumber: Harian Metro