berita

Media Prima Aktifkan Tabung Kemanusiaan Palestin

October 20th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Media Prima Berhad (Media Prima) mengaktifkan semula Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima susulan krisis kemanusiaan terkini di Palestin.

Simpati nasib rakyat Palestin

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan oleh Media Prima, tabung itu bertujuan mengumpul sumbangan orang ramai untuk membiayai aktiviti bantuan kemanusiaan bagi komuniti yang terjejas dalam zon konflik.

Media Prima amat bersimpati dengan nasib rakyat Palestin. Pengaktifan semula ini bertujuan menggalakkan sumbangan orang ramai kepada tabung bagi menyediakan bantuan kecemasan.

Bantuan kecemasan antaranya membabitkan bekalan dan perkhidmatan perubatan, bekalan makanan dan keperluan asas kepada komuniti yang terperangkap dalam krisis itu.

Sumbangan kepada mangsa krisis kemanusiaan di Palestin boleh disalurkan melalui Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima menerusi akaun Bank Muamalat 1401 0008 8447 15 atau Maybank 5642 7651 0331.

Selain itu, sumbangan dalam bentuk cek boleh dialamatkan kepada Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan, Media Prima Berhad, Tingkat 5, Anjung Riong, 31, Jalan Riong, 59100 Bangsar, Kuala Lumpur.

Sabtu lalu, tentera Hamas mengisytiharkan serangan terbesar ke atas pencerobohan rejim Israel di Palestin dengan lebih 5,000 roket dibedil dari Genting Gaza ke wilayah Israel melalui ‘Operation al-Aqsa Flood’.

Perkembangan terkini daripada konflik kemanusiaan yang berterusan di Palestin mengakibatkan lebih 20,000 rakyat Palestin kehilangan tempat tinggal, ratusan kematian dilaporkan, ribuan cedera dan ribuan lagi dilaporkan hilang.

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×