berita

Media Prima Audio Tampil Serba Baharu, Bakal Ceriakan Hari Rakyat Malaysia!

August 3rd, 2021 | by Iera Zahirah
Shout Out!

Platform radio Media Prima, Media Prima Audio atau lebih dikenali sebagai MPA telah mengumumkan penjenamaan semula nama syarikat dan melaksanakan strategi kandungan yang baharu selepas perlantikan pengurusan kanan baharu yang telah diumumkan pada Jun lalu.

Hot FM, Kini Lebih Muzik Yang Hangat

Hot FM, Kini Lebih Muzik Yang Hangat akan menjadi satu pusat untuk pendengar mendapatkan pelbagai hiburan serta maklumat kandungan yang lebih menarik, penceritaan yang lucu dan muzik yang lebih hangat.

Susulan daripada pengumuman itu, Hot FM tampil dengan barisan penyampai baru dan penyampai sedia ada yang pasti akan menghangatkan pagi anda. Teraju utama segmen pagi Hot FM iaitu Fara Fauzana, AG dan Fad akan menemani pendengar menerusi segmen Rakyat Rangers pada setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula 6 pagi hingga 10 pagi.

Hot FM boleh didengari menerusi frekuensi 97.6FM di Lembah Klang, 88.2FM Alor Setar dan Pulau Pinang; 104.5FM Ipoh; 90.1FM Johor Bahru dan Singapura 92.4FM Kuantan; 105.1FM Kota Bharu; 87.7FM Kota Kinabalu; 94.3FM Kuching; 104.3FM Melaka; 99.5FM Seremban; 90.5FM Taiping; 105.0FM Kuala Terengganu.

Secara alternatif, para pendengar boleh mendengar Hot FM secara live streaming di www.hotfm.audio dan YouTube Hot TV. Untuk perkembangan dan pengisian digital paling hangat, boleh terus ikuti laman sosial Hot FM di Facebook Hot FM, Instagram @hotfm976 dan Twitter @hotfm976 dan Whatsapp 017-302 8822. Hot FM juga boleh didengar menerusi aplikasi Audio, yang boleh dimuat turun di Apple App Store, Google Play dan Huawei App Gallery.

Buletin FM, Info Terkini & Muzik Sepanjang Zaman

Buletin FM, Info Terkini & Muzik Sepanjang Zaman akan membawa berita terkini dan isu-isu semasa juga analisis yang pasti akan memberi penjelasan yang lebih tepat, pengkongsian cerita-cerita positif dan akan memberikan muzik yang dikenali ramai sepanjang hari.

Buletin FM tampil dengan barisan penyampai yang baru dan penyampai sedia ada. Kelainan diberikan dengan menyaksikan teraju utama segmen pagi di Buletin FM yang dikendalikan oleh Pengacara TV, Ally Iskandar dan Pembaca Berita Hawa Rizwana.

Buletin FM boleh didengari menerusi frekuensi 101.3FM di Lembah Klang; 90.2FM Penang; 93.6FM Kuala Terengganu; 88.6FM Kota Bharu; 107.3FM Alor Setar; 104.3FM Sarawak.

Secara alternatif, para pendengar juga boleh mendengar Buletin FM secara live streaming di www.buletinfm.audio dan YouTube Buletin TV. Untuk perkembangan dan pengisian digital berinfomatif, boleh terus ikuti laman sosial Buletin FM di Facebook Buletin FM, Instagram @buletinfm dan Twitter @buletinfm dan Whatsapp 017-276 5656. Buletin FM juga boleh didengar menerusi aplikasi Audio+, yang boleh dimuat turun di Apple App Store, Google Play dan Huawei App Gallery.

Fly FM

Fly FM kini tampil serba baharu dengan menawarkan komedi mencuit hati, penceritaan bertaraf dunia, kandungan yang lebih menarik dan muzik yang familiar sepanjang hari. Fly FM kini serba baharu bersama Douglas Lim & Ili di pagi hari dan Muzik yang NADA perlukan sepanjang hari!

Fly FM boleh didengari menerusi frekuensi 95.8FM di Lembah Klang; 98.6FM Seremban; 94.0FM Melaka; 89.9FM Penang; 107.5FM Kuala Terengganu; 107.4FM Kota Bharu; 87.6FM Kuantan; 87.9FM Ipoh; 99.1FM Alor Setar; 102.5FM Johor Bahru.

Secara alternatif, para pendengar juga boleh mendengar Fly FM secara live streaming di www.flyfm.audio dan YouTube Fly TV. Untuk perkembangan dan pengisian digital yang menghiburkan, boleh terus ikuti laman sosial Fly FM di Facebook FM FM, Instagram @flyfm958 dan Twitter @flyfm958 dan Whatsapp 017-295 1144. Fly FM juga boleh didengar menerusi aplikasi Audio+, yang boleh dimuat turun di Apple App Store, Google Play dan Huawei App Gallery.

8FM

8FM yang dahulunya dikenali sebagai One FM, menyasarkan untuk menghiburkan dan berkongsi kandungan menarik bersama masyarakat Cina di Malaysia melalui penceritaan bertaraf dunia, positif dan muzik yang familiar sepanjang hari. 8FM Love Music, Cherish Life.

Dimeriahkan lagi dengan kemunculan semula Royce Tan yang sudah lama berehat dari industri radio. Royce mengendalikan segmen pagi, 8FM Good Vibe Everyday bersama Angeline Ooi.

8FM boleh didengari menerusi frekuensi 88.1FM di Lembah Klang; 88.3FM Seremban; 88.1FM Melaka; 87.8FM Penang; 95.7FM Kota Kinabalu; 88.1FM/105.3FM Johor/Johor Bahru; 100.4FM Kuantan; 87.6FM Ipoh; 87.8FM Kedah; 98.3FM Kuching.

Secara alternatif, para pendengar juga boleh mendengar 8FM secara live streaming di www.8fm.audio dan YouTube 8FM881. Untuk perkembangan dan pengisian digital yang menghiburkan, boleh terus ikuti laman sosial 8FM di Facebook 8FM881 dan Instagram @8fm881 dan Whatsapp 017-251 0110. 8FM juga boleh didengar menerusi aplikasi Audio+, yang boleh dimuat turun di Apple App Store, Google Play dan Huawei App Gallery.

SKIP THIS AD ×