berita

Media Prima Bakal Laksana Fasa Transformasi Perniagaan, Tampil Lebih Mantap & Mapan

June 5th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Media Prima Berhad mengumumkan akan melaksanakan fasa transformasi perniagaan yang seterusnya. Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, kumpulan itu memberitahu bahawa perubahan yang mengganggu dalam sektor media dan keadaan ekonomi makro yang mencabar, dijejaskan lagi oleh faktor luar jangkaan akibat pandemik COVID-19, telah memaksa syarikat media bersepadu itu untuk mempercepat pelaksanaan fasa transformasi berikutnya.

Menjadi lebih mantap dan mapan

Media Prima memberitahu, proses itu merangkumi semakan semula model pendapatan dan pengurusan kos yang bersesuaian. Inisiatif-inisiatif ini akan membabitkan perubahan operasi di unit-unit terpilih untuk mengatasi ketidakcekapan kos yang timbul daripada pertindihan kerja.

Manakala, transformasi perniagaan ini bertujuan menjadikan model perniagaan kumpulan lebih mantap dan mapan untuk jangka masa sederhana dan panjang. Mengenai rasionalisasi tenaga kerja yang harus dilakukan, Media Prima memaklumkan sebagai entiti korporat yang bertanggungjawab, ia akan memastikan pekerja yang terjejas menerima pakej pampasan yang adil dan saksama.

Ia akan tertakluk kepada undang-undang dan perjanjian kolektif kesatuan masing-masing yang akan dibayar setelah memenuhi semua syarat perundangan yang diperlukan.

SKIP THIS AD ×